Tamatnya kluster Sg Maong, Kuching

 KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) hari ini mengisytihar terdapat satu kluster telah tamat iaitu Kluster Kampung Sungai Maong, Kuching.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kluster tersebut ditamatkan susulan tiada kes baharu dikesan dalam tempoh 28 hari lepas.

“Hari ini juga, JKNS mengisytiharkan tiga kluster baharu direkodkan di negeri ini iaitu Kluster Abak Bon Subis, Kluster Jalan Badarudin, Kuching dan Kluster Nanga Kelangas, Julau.

“Selain itu, sebanyak 49 kluster yang masih aktif dan daripada jumlah tersebut, s10 kluster melaporkan penambahan kes, manakala 39 kluster lagi tiada penambahan kes.

Uggah yang juga Pengerusi JPBNS berkata demikian pada sidang media harian perkembangan Covid-19 di Sarawak, hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan setakat hari ini, daerah Subis bertukar dari status Jingga kepada status Merah setelah merekodkan 42 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Merah meningkat kepada 15 daerah.

“Manakala, empat daerah berstatus Jingga, 16 daerah kekal berstatus Kuning dan lima daerah kekal berstatus Hijau,” ujarnya.

Suara Sarawak