HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Tambah 400 juruukur

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
PELANCARAN… dari kiri Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Seri Abu Bakar Marzuki; Abdullah; Abang Johari; Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Timbalan Menteri Integriti dan Ombudsman Datuk Dr Juanda Jaya merakam gambar kenangan selepas pelancaran Buku Panduan Skim Strata yang dihasilkan JTS pada Majlis Perasmian Penutupan Hari Inovasi dan Integriti Tanah dan Survei (HIITS) 2022 di Hotel Riverside Majestic, dekat sini, malam tadi.
PELANCARAN… dari kiri Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Seri Abu Bakar Marzuki; Abdullah; Abang Johari; Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Timbalan Menteri Integriti dan Ombudsman Datuk Dr Juanda Jaya merakam gambar kenangan selepas pelancaran Buku Panduan Skim Strata yang dihasilkan JTS pada Majlis Perasmian Penutupan Hari Inovasi dan Integriti Tanah dan Survei (HIITS) 2022 di Hotel Riverside Majestic, dekat sini, malam tadi. FOTO KREDIT: Japen Sarawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak meluluskan penambahan 400 juruukur di Jabatan Tanah dan Survei (JTS) untuk memenuhi keperluan serta persediaan ke arah negeri maju menjelang 2030.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perkara tersebut penting supaya kerja pengukuran tanah dapat dijalankan dengan cepat dan lancar.

“Kita mempunyai keperluan untuk menambah 400 juruukur lagi, dan ke arah 2030 ia juga diperlukan untuk sektor kerajaan dan swasta.

“JTS mempunyai had mereka, jadi kita memang akan memerlukan sektor swasta untuk melaksanakan kerja pengukuran tanah dan juruukur mereka juga perlu ditambah,” katanya pada Majlis Perasmian Penutupan Hari Inovasi dan Integriti Tanah dan Survei (HIITS) 2022 di Hotel Riverside Majestic, dekat sini, malam tadi.

Abang Johari memaklumkan, Kerajaan Sarawak mempunyai beberapa dasar yang akan mentransformasikan ekonomi negeri dan kesemuanya juga bergantung kepada tanah.

Menurutnya, pembangunan di Sarawak termasuk perumahan dan komersial; tanah Hak Adat Bumiputera (NCR); pembangunan kawasan pertanian serta banyak lagi.

Sementara itu, Pengarah Tanah dan Survei Sarawak Abdullah Julaihi memaklumkan jumlah kumpulan ukur Jabatan Tanah dan Survei (JTS) dan sektor swasta di negeri ini hanya mempunyai 150 ke 160 kumpulan.

“Bukan tidak ada mereka diperingkat diploma dan ijazah untuk bahagian pengukuran tanah ini, tetapi kita kekurangan tenaga kerja yang hendak pergi melaksanakan kerja ukur di lapangan.

“Sejak 2017, Kerajaan Sarawak telah mengumumkan beratus kilometer jalan, membina beribu menara telekomunikasi, skim penempatan semula dan pengukuran tanah Hak Adat dan Bumiputera (NCR). Jadi, semua ini memerlukan pengukuran dan tenaga kerja di lapangan,” ujarnya.

BERUCAP… Abang Johari berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Hari Inovasi dan Integriti Tanah dan Survei (HIITS) 2022 di Hotel Riverside Majestic, dekat sini, malam tadi.  FOTO KREDIT: Japen Sarawak

 

BERUCAP… Abdullah berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Hari Inovasi dan Integriti Tanah dan Survei (HIITS) 2022 di Hotel Riverside Majestic, dekat sini, malam tadi. FOTO KREDIT: Japen Sarawak

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

2 April 2023

Berita Terbaru