ARTIKEL

Tambah aset kapal besar, lebih canggih jaga perairan negara – Ahmad Ibrahim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan harus menambah aset kapal-kapal besar dan lebih canggih bagi menjaga perairan negara, supaya ada ketegasan dan lebih keupayaan negara dalam menjaga dan mengawal kawasan perairan.

Senator Datuk Ahmad Ibrahim berkata ia sekali gus bagi menangani pencerobohan kapal-kapal dari luar negara seperti kapal pengawal pantai China.

Katanya pencerohan tersebut dianggap sebagai ancaman kepada kawasan pesisir dan kawasan perairan negara, dengan sudah tiba masanya kerajaan meneliti semula program penambahbaikan aset-aset kapal perang Tentera Laut di-Raja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Polis Marin.

“Sendirian kita mungkin dilihat sebagai tiada apa-apa tetapi sebagai ‘ASEAN Join Naval Grouping’, kita harus dilihat sebagai kuasa yang menggerunkan untuk diambil serius dan tidak dibuli,” katanya dalam perbahasan Belanjawan Negara 2024 di Dewan Negara, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad berpendapat agar perlu ada inisiatif untuk Malaysia mencadangkan menukar nama Laut China Selatan kepada nama asalnya ‘Laut Champa’ dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), memandangkan nama Laut Cina Selatan telah menimbulkan keangkuhan yang mengelirukan di pihak China.

Sementara mengulas mengenai penyasaran semula subsidi, Ahmad berharap agar ia tidak tersasar daripada matlamat dan mencapai golongan sasar.

“Misalnya mengenai ayam dan telur, perkara paling asas ialah kawalan harga dari kerajaan, dengan agensi kerajaan mesti memainkan peranan supaya dapat mengawal harga dengan tetap bukannya semata-mata untuk musim perayaan sahaja.

“Sepatutnya kerajaan mengawal tetap harga bukannya pihak lain yang mengawal,” katanya.

Selain itu, beliau berharap agar kerajaan meneliti kaedah yang lebih bagus untuk subsidi minyak, yang kini masih menggunakan kaedah apungan bebas.

“Mungkin banyak yang akan mengambil kesempatan dalam kesempitan terutama mengenai pelaksanaan subsidi bersasar bahan api seperti diesel dan RON95,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Selesai perbalahan tanpa kekerasan

KUCHING: “Saya kehilangan sahabat baik, mentor, pembimbing dan insan yang menjadi inspirasi selepas pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud,” demikian kata Tan

87 das tembakan meriam diiringi titisan hujan

KUCHING: Berduka dengan pemergian tokoh signifikan ternama, bumi Sarawak seakanakan turut menangis apabila hujan turun semasa jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul

Jasa Tun Taib tidak terhad di peringkat negeri

Yang Dipertua Yadim, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus terkenang jasa Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun dan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud yang pernah menjadi Menteri

BERITA TERBARU

Selesai perbalahan tanpa kekerasan

KUCHING: “Saya kehilangan sahabat baik, mentor, pembimbing dan insan yang menjadi inspirasi selepas pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud,” demikian kata Tan

87 das tembakan meriam diiringi titisan hujan

KUCHING: Berduka dengan pemergian tokoh signifikan ternama, bumi Sarawak seakanakan turut menangis apabila hujan turun semasa jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul

Polis berkas suspek terlibat 20 kes samun

IPOH: Polis memberkas seorang individu yang disyaki aktif menjalankan kegiatan menyamun pelanggan di premis mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sekali gus berjaya menyelesaikan 20 kes samun