ARTIKEL

Tambah baik destinasi pelancongan di Bau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BAU: Beberapa destinasi pelancongan di sini berpotensi diletakkan di bawah inisiatif penjenamaan baharu bagi mempromosikan pelancongan Sarawak Delta Geo Park (SDGP) di negeri ini.

Pengarah Pelancongan Malaysia, Sarawak Nurul Ain Muhammed Yunus berkata, menjadi sebahagian daripada inisiatif SDGP untuk meneroka Bau yang juga terletak di dalam kawasan tersebut.

“Seperti yang kita sedia maklum, kawasan Bau berada di bawah SDGP.

Oleh itu, ejen kita sudah melawat beberapa tempat menarik antaranya Tasik Biru, Paku Rock Maze, Serembu Eco Resort dan banyak lagi semasa bengkel tersebut.

“Maksudnya, kami meminta ejen pelancongan untuk membuat pakej bagi tempat menarik di Bau, sejajar dengan usaha penjenamaan baharu untuk pelancongan SDGP di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Pesta Tasik Biru 2023 mewakili Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) Datuk Mohd Zamri Mat Zain, pada Jumaat

. “Inisiatif ini diambil untuk meningkatkan, mengiktiraf dan menambah baik tempat menarik yang mungkin kita terlepas pandang,” ujarnya.

Pesta Tasik Biru yang sedang berlangsung bermula 27 hingga 29 Oktober, Nurul Ain menambah festival tersebut menjadi pusat perhatian dalam kalangan masyarakat.

Jelasnya, ini sekali gus menggalakkan semangat dan usaha masyarakat Bau dalam mempromosikan kekayaan warisan dan keindahan alam semula jadi di kawasan tersebut.

“Pesta Tasik Biru bukan sekadar festival tempatan, ia juga sebahagian daripada platform mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat dan menggalakkan pembangunan pelancongan dan ekonomi di Bau.

“Melalui inisiatif ini, masyarakat di Bau dapat memperkenalkan keindahan flora dan fauna kepada warga dunia serta budaya luar di kawasan ini.

“Kita memuji kerjasama serta semangat penduduk di Bau yang sememangnya menjadi aset berharga dalam memajukan wilayah ini.

“Semoga Pesta Tasik Biru akan terus berkembang, memberi manfaat kepada penduduk setempat dan mendapat pengiktirafan yang lebih meluas pada masa akan datang,” tambahnya.

LAIN-LAIN BERITA

Selesai perbalahan tanpa kekerasan

KUCHING: “Saya kehilangan sahabat baik, mentor, pembimbing dan insan yang menjadi inspirasi selepas pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud,” demikian kata Tan

87 das tembakan meriam diiringi titisan hujan

KUCHING: Berduka dengan pemergian tokoh signifikan ternama, bumi Sarawak seakanakan turut menangis apabila hujan turun semasa jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul

Jasa Tun Taib tidak terhad di peringkat negeri

Yang Dipertua Yadim, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus terkenang jasa Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun dan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud yang pernah menjadi Menteri

BERITA TERBARU

Selesai perbalahan tanpa kekerasan

KUCHING: “Saya kehilangan sahabat baik, mentor, pembimbing dan insan yang menjadi inspirasi selepas pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud,” demikian kata Tan

87 das tembakan meriam diiringi titisan hujan

KUCHING: Berduka dengan pemergian tokoh signifikan ternama, bumi Sarawak seakanakan turut menangis apabila hujan turun semasa jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul

Polis berkas suspek terlibat 20 kes samun

IPOH: Polis memberkas seorang individu yang disyaki aktif menjalankan kegiatan menyamun pelanggan di premis mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sekali gus berjaya menyelesaikan 20 kes samun