ARTIKEL

Tambah baik klinik daif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KLINIK Kesihatan di beberapa bahagian terutama di kawasan luar bandar perlu diambil perhatian kerana ada yang mempunyai keperluan mendesak untuk ditambah baik.

Ini kerana, klinik kesihatan merupakan tempat utama penduduk kampung mendapatkan rawatan sekiranya sakit.

Boleh dikatakan, klinik kesihatan perlu mempunyai kelengkapan dan fasiliti yang baik atau sekurang-kurangnya berfungsi.

Pada pendapat saya, pihak perlu mengambil berat isu berkenaan klinik kesihatan di kawasan luar bandar khususnya kerana tidak semua penduduk kampung mampu ke bandar berulang-alik mendapatkan rawatan.

Sebagai contoh, klinik kesihatan di Kuala Balingian mempunyai purata harian kedatangan seramai 30 hingga 50 pesakit dalam masa sehari melibatkan penduduk di kawasan Kuala Balingian, Setuan, Setejuk, Maban dan penduduk di sepanjang jalan Kuala Balingian-Balingian.

Jumlah ini merupakan angka besar bagi kawasan luar bandar dan ia menunjukkan bahawa klinik kesihatan memang diperlukan di kawasan tersebut.

KEMUDAHAN AWAM

Perkara yang perlu diambil perhatian merangkumi jalan untuk ke klinik kesihatan tersebut. Ia bertujuan memudahkan penduduk sekiranya mempunyai kecemasan.

Sehubungan itu, kemudahan di klinik kesihatan juga perlu ditambah baik kerana bilangan pesakit yang datang dalam sehari banyak dan tentunya mengharapkan rawatan dalam keadaan selesa.

Selain itu, kita juga perlu melihat kebajikan petugas dan pegawai kesihatan semasa mereka berkhidmat.

Dalam lawatan Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni ke beberapa klinik kesihatan di bahagian Mukah baru-baru ini, isu yang sering menjadi perhatian ialah kediaman atau kuarters petugas dan pegawai kesihatan.

Mereka perlu diberikan kediaman selesa sebelum memberikan perkhidmatan kepada pesakit supaya kerja merawat berjalan lancar.

Kebanyakan petugas dan pegawai kesihatan yang bertugas di sebuah klinik kesihatan bukanlah penduduk di kawasan tersebut dan memerlukan kediaman dekat dengan tempat bertugas.

Jika mereka tidak selesa, bagaimana dengan perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit?

Ia bukan sahaja memberi kesan kepada dirinya, malah kepada pesakit kerana ia mengganggu proses untuk memberikan perkhidmatan kepada orang ramai.

CADANGAN

Beberapa cadangan diberikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di kawasan masing-masing iaitu untuk naik taraf kediaman petugas dan pegawai kesihatan bagi memudahkan mereka memberi perkhidmatan kepada orang ramai terutama yang bertugas lebih masa.

Pegawai dan petugas kesihatan perlu diberikan kemudahan dan kediaman selesa kerana ada antara mereka berjauhan daripada keluarga kerana ingin memberi perkhidmatan kepada pesakit di sesebuah kawasan.

Walaupun mereka ialah pegawai dan petugas kesihatan, tetapi kebajikan mereka perlu diutamakan dan mereka dapat memberi rawatan kepada pesakit dalam keadaan selesa dan bersedia berkhidmat setiap masa.

Oleh itu, tidak kira klinik kesihatan luar bandar atau bandar, semuanya perlu diberi perhatian kerana ia merupakan “harapan” untuk penduduk di kawasan sekitar mendapatkan rawatan.

Justeru, semua pihak perlu bekerjasama bagi memastikan klinik kesihatan di sesebuah kawasan mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit.

BERITA LAIN

Keperluan pejabat cawangan KWSP

JIKA sebut tentang luar bandar, tentu kita terfikir kesukaran untuk mengakses beberapa perkara kerana lokasi yang agak jauh dari bandar. Mengambil contoh di Bahagian Mukah,

Bank makanan siswa

PROGRAM bank makanan siswa institusi pengajian tinggi (IPT) merupakan inisiatif kesinambungan Program Food Bank Malaysia yang dilancarkan pada 22 Disember 2018. Ia adalah untuk membantu

Atur masa makan

DIET cara Intermittent Fasting (IF) semakin popular sejak kebelakangan ini . Ia dikenali sebagai pendekatan kaedah pemakanan yang sihat merangkumi kitaran waktu berpuasa dan waktu

Ekonomi karbon Sarawak

SARAWAK berpotensi mewujudkan tempat menyimpan karbon dari hutan kekal bagi menggalakkan penyerapan karbon dan menjalankan skim penanaman pokok untuk kredit karbon. Malah, pelaksanaan kredit karbon

Tugas RELA semakin penting

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) semakin diperlukan dalam komuniti. Jika kita melihat, ketika keramaian ataupun majlis, tentu ada perkhidmatan RELA digunakan seperti mengawal keadaan seperti lalu

BERITA TERBARU

New Delhi catat suhu 52.3 darjah Celsius

NEW DELHI: Suhu harian di ibu negara India, New Delhi melonjak ke paras tertinggi sepanjang masa pada Rabu. “Stesen cuaca Mungeshpur di Delhi hari ini

Bernama menangi anugerah laporan berita terbaik

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) memenangi Anugerah Media Cetak dan Portal Berita (Laporan Berita Terbaik) pada majlis Anugerah Media Agrobank 2024 di sini