Trending

Tambah baik perkhidmatan penjaja

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) sentiasa komited membantu meningkatkan kemahiran, sekali gus menambah baik perkhidmatan penjaja dengan menganjurkan kursus pengurusan hospitaliti.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng berkata, penjaja ibarat duta untuk masyarakat dan bandar kerana mereka menjadi pengantara yang menghubungkan masyarakat bagi menyerlahkan keharmonian hidup di kawasan yang berbilang kaum seperti di Sarawak.

Beliau turut menegaskan penjaja perlu mengikuti perkembangan zaman dan memelihara industri dengan menambah baik inovasi terhadap makanan dan sebagainya.

“Saya sangat berharap akan ada pihak membantu untuk mempromosi serta membawa industri ini ke peringkat antarabangsa.

“Industri penjaja bukan sahaja mampu memberi kesan yang besar kepada pembangunan bandar bahkan ia juga bakal memudahkan rakyat untuk membeli-belah, melegakan tekanan kerja, sekali gus meningkatkan kreativiti sosial dan kapasiti aliran tunai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-66 Persatuan Penjaja Bahagian Kuching dan Samarahan di SJK Chung Hua No. 3, Padungan di sini.

Hong Seng juga berpesan kepada orang ramai agar jangan sesekali memandang rendah industri penjaja kerana ia menyumbang kepada pendapatan isi rumah serta berfungsi sebagai lubuk rezeki untuk usahawan.

Majlis itu turut menyaksikan pelantikan ahli jawatankuasa baharu Persatuan Penjaja Bahagian Kuching dan Samarahan penggal 2023-2024.

Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Malaysia Voon Chin Leong, Presiden Persatuan Penjaja Bahagian Kuching dan Samarahan Chang Hot Chai serta Pengerusi Penganjur Lee Pui Siong turut hadir.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru