ARTIKEL

RAUB, 23 Sept -- Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali (empat,kanan) melihat harga beras import yang dijual semasa melakukan pemeriksaan pada Ops Jamin di Pasaraya Pantai Timur, hari ini. Beliau 'turun padang' bagi melihat sendiri situasi semasa yang berlaku di lapangan berhubung kedudukan barang keperluan harian dan bekalan beras serta harganya. Turut kelihatan, Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN Datuk Azman Adam (tiga,kanan). ---fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Tambah tenaga kerja pantau bekalan beras

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

RAUB: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) meningkatkan bilangan tenaga kerja untuk tugas pemantauan bagi menambah baik Op Jamin Fasa Dua yang menumpukan kepada pemantauan bekalan dan harga beras di seluruh negara.

Pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata penambahan seramai 900 pegawai pemantau harga KPDN, menjadikan keseluruhan tenaga kerja terlibat seramai 2,390 orang, menyaksikan 8,684 buah premis berjaya diperiksa secara kumulatif sejak operasi itu dilancarkan 7 Julai lepas.

“KPDN bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menerusi Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras mengadakan Op Jamin di seluruh negara dan kita putuskan untuk meneruskan fasa dua dengan pelbagai penambahbaikan.

Tumpuan Op Jamin ini memantau bekalan dan harga beras di semua peringkat rantaian dengan meningkatkan tenaga kerja pemantauan, kita berjaya melipatgandakan jumlah premis yang diperiksa meliputi semua peringkat termasuk pengilang, pemborong dan peruncit,” katanya.

Armizan berkata demikian pada sidang media selepas menyertai Op Jamin di daerah ini semalam, yang dibuat bagi melihat situasi semasa di lapangan berhubung kedudukan bekalan harian seperti beras, gula dan minyak masak.

Beliau berkata kementerian juga terus mencari penambahbaikan berhubung isu barangan keperluan harian yang dibawa ke mesyuarat pasca-Kabinet.

“Kita cuba bentang mekanisme terbaik kerana penguatkuasaan bukan untuk isu beras ini sahaja tetapi kita cuba mencari penyelesaian jangka masa panjang,” katanya.

KPDN juga terus menggiatkan tindakan penguatkuasaan di bawah perundangan dan bidang kuasanya terutamanya dalam menangani isu penukaran label kampit beras yang dikhuatiri berlaku susulan pelarasan harga baharu bagi beras putih import (BPI).

Tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka yang membuat perihal dagangan palsu berkenaan kandungan, jenis atau nama di bawah Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011 atau mengikut Seksyen 12(1)(a) Akta Pelindungan Pengguna 1999 iaitu memberi gambaran mengelirukan berkenaan harga barang atau perkhidmatan. – Bernama

LAIN-LAIN BERITA

Ekonomi Malaysia dijangka lebih baik

Prestasi ekonomi Malaysia dijangka lebih baik pada masa depan, disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan dan pasaran buruh yang stabil, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).

MPP perkenalkan inisiatif ‘Fast Lane’

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) memperkenalkan inisiatif ‘Fast Lane’ yang bertujuan menarik lebih banyak pembangunan perindustrian dan komersial ke kawasan di bawah bidang kuasanya. Menurut

BERITA TERBARU

SAR hari kelima, bayi 18 bulan belum ditemui

KANOWIT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang bayi lelaki berusia 18 bulan yang dikhuatiri terjatuh dalam sungai Kanowit di Nanga Germai di sini, Ahad lalu

Kes curi di Miri: PDRM lancar Op Kesan 

MIRI: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri menerusi Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) melancarkan Op Kesan bagi mengesan suspek-suspek yang disyaki terlibat dalam kes kecurian