ARTIKEL

Tambahan SOP PKP terkini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Individu atau kumpulan tidak dibenarkan untuk berkumpul di kawasan awam melebihi dua orang ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sarawak hingga 14 Jun ini.

Ia adalah antara prosedur operasi standard (SOP) terkini yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 31 lalu.

Berdasarkan SOP PKP tersebut, individu atau kumpulan itu tidak dibenarkan berada di kawasan awam dari jam 10 malam hingga 5 pagi tanpa alasan yang munasabah.

Manakala, untuk daerah Bintulu, Tatau dan Sebauh individu tidak dibenarkan berada di kawasan awam dari jam 8 malam hingga 5 pagi tanpa alasan yang munasabah.

Dalam pada itu, SOP PKP itu juga menyebut hanya dua wakil setiap isi rumah yang dibenarkan keluar untuk melaksanakan apa-apa tugas rasmi; menyediakan apa-apa perkhidmatan perlu atau melaksanakan tugasnya berhubung dengan apa-apa perkhidmatan perlu; mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan; membeli makanan, keperluan harian atau ubat atau penokok diet (tidak melebihi radius 10 kilometer dari kediaman atau tempat paling hampir); membuat urusan berkenaan dengan apa-apa perkhidmatan perlu; temu janji atau mendapatkan vaksin Covid-19.

Jumlah kapasiti termasuk pemandu yang menaiki kenderaan persendirian kini terhad kepada dua orang sahaja, bagaimanapun jika untuk tujuan mendapatkan perkhidmatan kesihatan, ubat-ubatan, keselamatan atau perkhidmatan kecemasan, maksimum tiga orang dibenarkan.

Selain itu, pergerakan antara daerah tidak dibenarkan kecuali untuk perkhidmatan penting dan mereka yang mempunyai permit polis atau surat dari majikan masing-masing.

Dalam pada itu, SOP ini juga mengingatkan bahawa individu berisiko tinggi tidak digalakkan keluar rumah manakala kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan keluar tempat awam, terbuka dan sesak tanpa alasan yang munasabah.

Sebagai rekod, pengoperasian bagi semua sektor ekonomi atau industri, sektor-sektor dan aktiviti-aktiviti lain yang dibenarkan hanya boleh beroperasi dari jam 6 pagi hingga jam 8 malam sahaja.

BERITA LAIN

Rumah kosong di Jalan Piasau Camp terbakar

LUTONG: Pihak balai bomba Lutong menerima laporan rumah kosong terbakar di Bekas Kuartes Shell Jalan Piasau Camp pada pukul 9.24 pagi ini. Pasukan bomba terus

SK Pulo dijangka siap 2025

KUCHING: Projek bina baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Pulo dijangka siap sepenuhnya Februari tahun depan. Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi

Meriahkan Kembara RIUH yang pertama di Sarawak

KUCHING: Ayuh beramai-ramai memeriahkan Kembara RIUH pertama di Sarawak, program  kolaborasi bersama Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) bagi RIUH OOHA! bertempat di Tempat Letak Kereta

Kejohanan catur uji kepantasan berfikir

KUCHING: Seramai 80 peserta menyertai Kejohanan Catur Pantas H&L yang dianjurkan oleh Kelab Prihatin Belia Bandaraya Kuching dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Sarawak di Eco

BERITA TERBARU

Rumah kosong di Jalan Piasau Camp terbakar

LUTONG: Pihak balai bomba Lutong menerima laporan rumah kosong terbakar di Bekas Kuartes Shell Jalan Piasau Camp pada pukul 9.24 pagi ini. Pasukan bomba terus