ARTIKEL

Tambang bas RM1 masih relevan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kementerian Pengangkutan bercadang menambah baik sistem pengangkutan bas awam demi memberi manfaat kepada penduduk di sekitar bandar raya Miri.

Menterinya, Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, ia termasuk penambahbaikan kekerapan bas serta kemudahannya.

“Kita mengarahkan kementerian untuk bekerjasama rapat dengan pengusaha bas bagi mendapatkan bas baharu.

“Banyak sebenarnya isu yang diputuskan berkaitan kemudahan bas.
Antaranya seperti ketiadaan papan tanda perhentian bas, tempat perlindungan bas yang tidak mencukupi, kekurangan papan tanda di kawasan perumahan tempat bas mengambil dan menurunkan penumpang serta masalah kekurangan lampu jalan.

“Susulan itu, kesemua masalah ini akan dibincangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Pengangkutan Awam Bahagian,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada Rabu lalu, beliau menaiki Bas Miri Belait Transport Company Sdn. Bhd., menuju ke Permyjaya jam 4.50 petang, dan tujuannya bagi merasai sendiri pengalaman menaiki pengangkutan awam.

Beliau turut mendapatkan maklum balas daripada penumpang mengenai program subsidi tambang bas kadar rata RM1 dan perkhidmatan pengangkutan bas henti-henti secara keseluruhan.

Katanya, Kementerian Pengangkutan akan berbincang dengan Majlis Bandaraya Miri (MBM) mengenai isu kekurangan kemudahan untuk pengguna bas di bandar tersebut.

Lee menjelaskan, melalui penambahbaikan yang dilakukan, beliau berharap ia akan dapat menarik lebih ramai penumpang serta membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Bagaimanapun, beliau secara keseluruhannya berpuas hati serta berbesar hati kerana golongan B40 masih menggunakan perkhidmatan bas untuk mobiliti bandar.

Mengulas lanjut, Lee berkata, program tambang bas kadar rata RM1 masih relevan dan perlu diteruskan sebagai salah satu program memberi manfaat kepada golongan B40 khususnya, sekali gus mengurangkan kesesakan trafik.

LAIN-LAIN BERITA

SAR hari kelima, bayi 18 bulan belum ditemui

KANOWIT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang bayi lelaki berusia 18 bulan yang dikhuatiri terjatuh dalam sungai Kanowit di Nanga Germai di sini, Ahad lalu

BERITA TERBARU