ARTIKEL

Gambar hiasan

Tampar bakal isteri, lelaki didenda RM1,500

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Angkara saling tidak percaya sesama sendiri, bakal pengantin berselisih faham lalu membawa kepada insiden menampar kepala bakal isteri hingga menyebabkan kecederaan.

Ia susulan, kerana marah kepada bakal isterinya yang membaling telefon bimbit miliknya ke jalan raya sebanyak dua kali.

Ini kerana, mangsa meminta kebenaran untuk menyemak telefon bimbit bakal suami tetapi tidak menjumpai perkara yang meragukan lalu membaling telefon tersebut.

Sebelum insiden itu berlaku, lelaki terbabit terlebih dahulu meragui tunangnya apabila mengakses aplikasi WhatsApp mangsa telefon miliknya.

Namun demikian, perbuatan terbabit membawa padah apabila Mohd Noraffizan Affendi, 29, dijatuhi hukuman denda RM1,500 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Dia mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan sakit terhadap mangsa wanita berusia 29 tahun.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu dalam tempat letak kereta di sebuah Pusat Beli Belah, Jalan P. Ramlee, sekitar jam 10 pagi, 20 November 2023.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.

JINYOUNG tandatangan kontrak eksklusif

BEKAS AHLI B1A4, Jinyoung secara rasmi menandatangani kontrak ekslusif dengan Management Run. Management Run meluahkan perasaan gembira dan terujanya untuk bekerjasama dengan Jinyoung. Mereka terus

Topi ANTI MENIRU

BARU-BARU ini, tular di aplikasi TikTok apabila pengguna @angeloebora1 berkongsi situasi peperiksaan di sebuah sekolah dipercayai di Filipina. Video tersebut melihatkan pelajar memakai topi buatan

Norway tutup sempadan kepada pelancong Rusia

OSLO: Norway pada Khamis berkata, ia menutup sempadannya kepada pelancong Rusia, menutup akses terakhir mereka ke kawasan Schengen tanpa sempadan Eropah. Sehingga 29 Mei, kebanyakan