ARTIKEL

Tampar teman wanita, penganggur dikenakan bon jaga keamanan enam bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang penganggur lelaki diperintahkan bon menjaga keamanan selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana menampar teman wanitanya yang berusia 18 tahun dalam satu pertengkaran.

Mohd Hanif Affindi, 26, mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 67 Kanun Tatacara Jenayah (CPC) di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Mason Jaro memerintahkan tertuduh mula menyempurnakan bon berkuat kuasa hari ini bagi mencegah perkara sama berulang pada masa akan datang.

Berdasarkan fakta kes, pada 28 Mei lepas, sekitar jam 11 malam, pengadu telah berjumpa dengan tertuduh untuk mengambil semula telefon pintarnya jenis Iphone 7.

Semasa pertemuan itu, berlaku pertengkaran mulut antara mereka sehingga membuatkan tertuduh menampar pipi kanan pengadu.

Akibat kejadian itu, pengadu mengalami kesakitan dan pedih pada bahagian pipinya.

Bimbang akan keselamatan diri, pengadu tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut, seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

PERKESO lancar operasi kesan majikan besar-besaran

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Peringkat Kebangsaan 2024 secara serentak melibatkan 54 pejabat PERKESO di seluruh negara, semalam.

BERITA TERBARU