ARTIKEL

Tampil dapatkan rawatan jika terdedah kepada STD

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Mereka yang terdedah kepada penyakit kelamin (STD) digesa tampil secepat mungkin bagi mendapatkan rawatan awal.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, ini bagi mengelakkan penyakit itu daripada berlanjutan ke peringkat serius seperti Acquired Immunodeficiency Syndrome (AIDS) dan berjangkit kepada individu lain tanpa pengetahuan mereka.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berhubung 913 remaja Malaysia seawal 13 tahun yang disahkan positif STD dari 2018 hingga 2022.

“Selain penyakit seperti kanser payudara dan kanser serviks, STD juga merupakan penyakit yang berkaitan dengan bahagian sulit badan, dan tidak ramai yang memilih untuk tampil awal bagi mendapatkan rawatan.

“Oleh itu, perkara ini benar-benar membimbangkan kami dan mereka hanya datang apabila ia sudah berada di peringkat seterusnya.

“Kami tidak mahu perkara itu berlaku, dan kami mahu terus mendidik kumpulan sasar ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Kurang Upaya Intelek Sarawak (PERKATA) di sini, hari ini.

“Tidak kira siapa yang terdedah atau dijangkiti, sila tampil ke hadapan secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan awal,” tambahnya.

LAIN-LAIN BERITA

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

Berita yang menyedihkan – Datuk Sim Kiang Chiok

KUCHING : Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching Datuk Sim Kiang Chiok, menyifatkan pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib

BERITA TERBARU

Lenyau mentor ti bepenau

KUCHING: Penau Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud enggau bisi runding strategik mujur mai pemansang moden ngagai Sarawak. Menteri Industri Pemakai, Komoditi enggau Pemansang Wilayah