ARTIKEL

Tampilkan cerita rakyat dalam persembahan teater

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persembahan teater muzikal di Sarawak pada masa akan datang bukan sahaja berkisarkan kisah-kisah pahlawan Sarawak, malah menampilkan cerita rakyat.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, teater muzikal ini tidak perlu bertumpu kepada kisah pahlawan lagenda sahaja.

“Teater seperti ini tidak perlu mengisahkan pejuang-pejuang Sarawak sahaja, tetapi boleh mengeluarkan tentang cerita rakyat.

“Sebagai contoh Dang Isah Tandang Sari yang mengisahkan tentang seorang gadis yang menjadi mangsa kecantikan sendiri.

“Cerita itu sebenarnya sinonim kepada masyarakat di Pusa, dan ia adalah kisah cinta yang boleh diubah menjadi drama pentas” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menonton Malam Perdana Persembahan Teater Muzikal Rentap: The Battle Of Bukit Sadok di Kampung Budaya Sarawak, semalam.

Sementara, Karim turut melahirkan rasa teruja dan terhibur menonton teater berkenaan kerana susunan persembahan diatur dengan baik.

Ulas beliau, persiapan teater dilakukan dengan sangat baik oleh keseluruhan produksi dan juga barisan pelakon.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU