SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Tan Kai bakal pengerusi baharu MPP

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Lo (tengah), Ahmad (kanan) dan Setiausaha MPP Elizabeth Loh (kiri) pada sidang media di ibu pejabat MPP, hari ini.

KUCHING: Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Tan Kai bakal menjadi Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) yang baharu bagi menggantikan Lo Khere Chiang.

Perkara itu disahkan oleh Lo, yang tamat perkhidmatan selepas 12 tahun menerajui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu sejak dilantik pada 21 Jun 2010.

Menjelas lanjut, beliau berkata selain Pengerusi, jawatan Timbalan Pengerusi yang disandang Datuk Ahmad Ibrahim juga akan digantikan oleh Abang Ismawi Abang Ali.

Tan Kai juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pusat, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Abang Ismawi dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Batu Kitang.

“Mereka akan mengangkat sumpah pada 1 April nanti, bersama-sama seramai 20 Ahli Majlis baharu dan 12 Ahli Majlis yang dikekalkan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPP di ibu pejabat MPP, di sini hari ini.

Justeru, Lo berharap perubahan positif di Padawan akan terus berkembang di bawah Tan Kai.

“Apabila saya melepasi baton ini, saya harap (pengerusi baharu) akan teruskan berlari dengannya dan saya akan melakukan apa yang saya mampu untuk menyokongnya dalam usaha itu,” katanya.

Baca lain  Enjin kereta musnah, terbakar di parkir hotel

Menurutnya, sepanjang tempoh berkhidmat sebagai Pengerusi MPP telah memberi inspirasi kepadanya untuk bekerja lebih keras dan melakukan yang terbaik kepada masyarakat.

“Sejak dilantik, saya tidak hanya duduk di pejabat, walaupun saya terpaksa mengurus kertas kerja yang banyak.

“Saya cuba dengan kemampuan terbaik untuk melibatkan diri dengan seramai mungkin orang dalam masyarakat,” katanya.

Sehubungan itu, Lo yang juga Adun Batu Kitang berkata akan terus menumpukan khidmat di konstituensinya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Jatuh bangun 64 tahun

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berikrar untuk kekal relevan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru