ARTIKEL

Tan Sri Datuk Amar Bujang Mohd Nor pemimpin cemerlang, berkaliber

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Bujang Mohd Nor merupakan seorang pemimpin cemerlang yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan Sarawak sehingga ke akhir hayatnya.

Menurut Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak itu merupakan seorang yang berkaliber dalam menjawat apa sahaja jawatannya sepanjang perkhidmatan untuk kerajaan negeri.

“Kita berasa sedih dengan kehilangan seorang pemimpin, pentadbir, pengurus dan ahli ekonomi yang telah begitu banyak menyumbang kepada pembangunan Sarawak.

“Allahyarham yang merupakan satu-satunya graduan Melayu terawal di negeri ini telah berkhidmat di bawah tiga ketua menteri iaitu Allahyarham Tun Abdul Rahman Ya’kub, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menziarahi keluarga Allahyarham an Sri Datuk Amar Bujang Mohd Nor di kediamannya di sini, pagi tadi.

“Selain itu, Allahyarham telah menjawat pelbagai jawatan dalam pentadbiran Sarawak bermula dari pegawai daerah, pegawai kanan sehinggalah menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Malah Allahyarham pernah menjawat jawatan penting iaitu sebagai Setiausaha Kewangan Negeri ketika kita masih lagi dalam transisi pembangunan industri. Selain merupakan sosok penting menyumbang pembangunan di Bintulu.

“Saya juga pernah berkhidmat dengan Allahyarham yang banyak mengurus hal ehwal Islam di negeri ini dan sampai akhir hayatnya, Allahyarham masih menyumbang kepada pembangunan negeri,” tegasnya.

Allahyarham, 88, meninggal dunia di Pusat Pakar Perubatan Normah di sini, malam tadi sekitar jam 8.40 malam.

Allahyarham yang dilahirkan pada 8 Ogos 1935 di Kampung No.5, Sungai Lajim, Kuching dikebumikan di Tanah Perkuburan Samariang, di sini sekitar tengah hari ini. 

LAIN-LAIN BERITA

Suasana hiba di kediaman Tun Taib

KUCHING: Suasana hiba dan sayu menyelubungi persekitaran kediaman Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, petang ini. Keadaan cuaca mendung turut seakan-akan turut berduka dengan

BERITA TERBARU

Suasana hiba di kediaman Tun Taib

KUCHING: Suasana hiba dan sayu menyelubungi persekitaran kediaman Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, petang ini. Keadaan cuaca mendung turut seakan-akan turut berduka dengan