ARTIKEL

Tanah berhak milik JOT akan ditukar status ke tanah NCR

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

DEBAK: Tanah berhak milik Jobilee Occupation Ticket (JOT) akan ditukar status kepada tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), kata Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurutnya, ia membuktikan keprihatinan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg terhadap pemilik tanah.
Katanya, tanah yang berhak milik JOT apabila tamat tempoh pegangan akan dianggap sebagai tanah kerajaan.

“Tetapi Abang Johari bersetuju supaya status tanah itu ditukar kepada tanah NCR melalui eksesais yang akan dikendalikan oleh Jabatan Tanah dan Survei (JTS).

“Justeru, kita menggesa pemegang hak milik tanah JOT bersetuju dengan usaha menukar tanah tersebut kepada tanah NCR,” katanya.
Beliau berkata demikian pada program di Rumah Panjang Layang dekat Nanga Lop di sini, semalam.
Jelasnya, JOT adalah hak milik tanah sebelum Kanun Tanah Sarawak, ia dikeluarkan semasa pemerintahan kolonial kepada mereka yang bersetuju untuk menanam getah.


“Bagi setiap satu ekar atau 200 pokok getah yang ditanam, satu JOT akan dikeluarkan dan ini banyak berlaku di kawasan Sri Aman dan Betong ketika itu.
“Sehubungan itu, pemilikpemilik berkenaan perlu berhubung dengan JTS untuk mendapatkan bantuan dan tindakan selanjutnya yang perlu diambil,” ujarnya.


Dalam perkembangan lain, Uggah memaklumkan kerajaan bersetuju memperuntukkan RM30 juta untuk menaik taraf Jalan Ulu Rimbas.
Katanya, jalan sepanjang 22 kilometer itu akan dinaik taraf, yang akan memanfaatkan kira-kira 2,000 pekebun kecil kelapa sawit, pesawah padi dan pekebun getah daripada 20 rumah panjang di situ.

LAIN-LAIN BERITA

SAR hari kelima, bayi 18 bulan belum ditemui

KANOWIT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang bayi lelaki berusia 18 bulan yang dikhuatiri terjatuh dalam sungai Kanowit di Nanga Germai di sini, Ahad lalu

BERITA TERBARU