ARTIKEL

DIALOG TANAH... Mohamad Duri dan Friday Belik menghadiri sesi dialog penyukatan tanah secara individu di bawah Seksyen 18 KTS melibatkan Kampung Sepuk.

Tanah pemilik Kampung Sepuk, Malupa disukat, kos ditanggung kerajaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Kampung Sepuk diluluskan untuk disukat secara individu di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak (KTS).

Kelulusan daripada kerajaan diperoleh pada 25 Ogos tahun lalu.

Sehubungan itu, baru-baru ini diadakan dialog di Dewan Pejabat Daerah Saratok oleh Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Betong bersama-sama pemilik tanah kawasan Kampung Sepuk dan Malupa.

Dialog memfokuskan pengukuran tanah di bawah inisiatif baharu fasa kedua secara individu di kawasan Kampung Sepuk.
Ia turut menerangkan kriteria tanah yang diukur secara individu dengan syarat tertentu.

Pemilik atau penuntut tanah juga diberikan penerangan tentang proses penyukatan sebelum geran tanah dikeluarkan.

Dalam pada itu, tanah yang diukur akan dikeluarkan geran di bawah Seksyen 18 KTS yakni mempunyai hak milik kekal.

Surat Hak Milik Seksyen 18 dijamin oleh kerajaan di bawah Seksyen 131 KTS.

Justeru, pemilik geran tanah Seksyen 18 tidak perlu membayar premium tahunan, kos penyukatan dan caj lain, yang mana diberikan percuma oleh kerajaan.

Untuk rekod, kawasan tersebut diwartakan di bawah Seksyen Enam KTS pada 2013 melibatkan kawasan seluas 2,478 hektar.

ADUN Kalaka Mohamad Duri, ADUN Krian Friday Belik, Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Betong Moris Nayup, Pegawai Daerah Saratok Muhammad Dino Amid turut hadir.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU