ARTIKEL

Tanah runtuh akibat hujan berterusan, bomba pantau keadaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PAKAN: Akibat faktor hujan yang berterusan, satu kejadian tanah runtuh yang menutupi separuh jalan di Rumah Tukang Jarah, Nyalak Atas telah dilaporkan kepada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor.

Kejadian tanah runtuh tersebut dilaporkan berlaku pada petang 31 Disember 2023 yang menyulitkan kenderaan untuk masuk ke rumah panjang berkenaan.

Menurut Ketua BBP Bintangor PPgB Nicholas Belulin, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penduduk kampung kira pukul 9.25 malam berkenaan kes tersebut.

“Sejurus menerima panggilan, tiga orang anggota dikerahkan untuk melakukan pemantauan ke lokasi yang dilaporkan berlaku kejadian tanah runtuh.

“Pasukan Bravo BBP Bintangor yang diketuai PBK II Nicholas Langi terus bergegas ke lokasi yang sejauh 80 kilometer dari BBP Bintangor.

“Sampai di sana, memang ada berlaku runtuhan tanah di lereng jalan yang menutupi separuh jalan menuju ke rumah panjang berkenaan,” kata Nicholas.

Ujarnya lagi, pihak bomba terus melakukan pemantauan di lokasi kejadian dengan melakukan size up.

“Pada masa sama, pihak bomba menasihati penduduk setempat agar berwaspada sekiranya berlaku hujan berterusan dan menghubungi pihak berwajib bagi tujuan keselamatan.

“Pihak bomba juga telah menghubungi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Pakan untuk tindakan selanjutnya,” ujar Nicholas.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim