Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Tanah runtuh belakang rumah panjang

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Pasukan bomba melakukan pemantauan di lokasi kejadian membabitkan tanah di belakang Rumah Japang Sungai Seputih, Tatau.

BINTULU: Kejadian tanah runtuh yang berlaku secara tiba-tiba mengejutkan penduduk Rumah Japang, Sungai Seputih, dekat sini, petang semalam.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam insiden kira-kira pukul 3.40 petang itu.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 3.51 petang.

Anggota Bomba memasang sawar sawar bagi memastikan penduduk tidak menghampiri kawasan kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati runtuhan berlaku di belakang rumah panjang itu. Terdapat tanah susur di bahagian dapur pintu nombor satu.

“Tuai rumah memberitahu kejadian berlaku disebabkan cuaca hujan yang sering berlaku sejak kebelakangan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebagai tindakan susulan katanya, pihak bomba membuat pemantauan di sekitar kawasan kejadian dan tiada pemindahan dijalankan.

“Kita juga menasihatkan penduduk rumah panjang untuk sentiasa peka dan berhati-hati selain segera melaporkannya kepada pihak berwajib jika berlaku runtuhan susulan,”ujarnya.

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru