ARTIKEL

Tanah runtuh di India: Harapan temukan mangsa selamat kian pudar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW DELHI: Pasukan penyelamat di India menemukan 22 mayat dari lokasi kejadian tanah runtuh setakat ini manakala kira-kira 80 orang dipercayai masih hilang.

Enam mayat ditemukan pada Jumaat, menjadikan jumlah kematian akibat bencana pada malam Khamis mencecah 22.

Usaha menyelamat disambung semula pada Sabtu.

Tanah runtuh memusnahkan kira-kira 20 kediaman di perkampungan Irshalwadi di daerah Raigad, Maharashtra.

Seramai 122 penduduk daripada 228 orang ditemukan selamat, menurut satu laporan media tempatan.

Pasukan penyelamat berdepan kesukaran menjalankan operasi mencari dan menyelamat susulan hujan lebat. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup