ARTIKEL

Anggota bomba memasang sawar-sawar sebagai peringatan kepada penduduk agar tidak menghampiri kawasan kejadian.

Tanah runtuh kejutkan penduduk rumah panjang Nanga Sekalong, Julau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Kejadian tanah runtuh yang berlaku secara tiba-tiba mengejutkan penghuni sebuah rumah panjang di Nanga Sekalong Julau dekat sini, petang semalam.
                                                                                                     
Ketua Balai dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin, berkata dua anggota yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Zulfaiza Mohamad bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 2.50 petang.
 
Insiden itu, katanya, disedari penduduk sebaik sahaja terdengar bunyi bising di kawasan tebing bukit berhampiran rumah panjang mereka.
 
“Salah seorang penghuni kemudiannya bergegas ke lokasi itu dan terkejut apabila mendapati ada runtuhan tanah berlaku di kawasan tersebut.
 
“Kejadian yang dipercayai berpunca daripada hujan lebat ini bagaimanapun tidak merosakkan struktur rumah panjang itu,” menurutnya dalam satu kenyataan.
 
Beliau berkata, sebagai tindakan susulan, bomba membuat pemantauan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat sebelum memasang sawar-sawar sebagai peringatan kepada penduduk agar tidak menghampiri kawasan itu.
  
Setakat ini, katanya, kejadian tidak melibatkan kehilangan nyawa dan harta benda namun penduduk dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan segera menghubungi pasukan keselamatan jika kejadian masih berulang.

Menyentuh kebakaran terbuka, Nicholas berkata pihaknya sedang melakukan pengawasan rapi khususnya di kawasan berisiko berikutan cuaca panas yang sedang melanda negara sekarang.

BERITA LAIN

Potensi ekonomi pelancongan kulinari, gastronomi

KUCHING: Gastronomi melalui inovasi kepelbagaian kulinari tradisi tempatan merupakan salah satu medium yang mampu menyokong pertumbuhan ekonomi mampan Sarawak di peringkat dunia. Timbalan Menteri Pelancongan,

BERITA TERBARU

Gara-gara panik, suri rumah rugi sekitar RM100,000

KOTA SAMARAHAN: Seorang suri rumah mengalami kerugian sekitar RM100,000 selepas terpedaya dengan panggilan penipuan oleh individu yang menyamar sebagai anggota polis. Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk