ARTIKEL

Tanah runtuh setinggi 15 kaki di Rumah Jalin Chayang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Penghuni Rumah Jalin Chayang, Sungai Sebelayau, Suai mengalami detik cemas apabila berlakunya tanah runtuh setinggi 15 kaki di hadapan rumah panjang mereka di sini, semalam.

Ketua Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Zon 6 Miri Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata, seramai tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah dikerahkan ke lokasi sekitar jam 9.10 malam.

Ia bagi membuat pemantauan di lokasi kejadian selepas menerima laporan daripada tuai rumah berkenaan.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati berlaku runtuhan tanah pada jarak 10 kaki dari hadapan rumah panjang tersebut.

“Runtuhan melibatkan tanah berkeluasan 10 kaki lebar, 30 kaki panjang dengan ketinggian 15 kaki.

“Namun, hasil pemantauan mendapati rumah panjang tersebut masih dalam keadaan selamat untuk didiami,” katanya dalam satu kenyataan.

Pasukan bomba menasihati penduduk agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa bersedia untuk mengosongkan rumah sekiranya terdapat runtuhan baharu serta segera menghubungi pihak bomba.

LAIN-LAIN BERITA

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Lenyau mentor ti bepenau

KUCHING: Penau Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud enggau bisi runding strategik mujur mai pemansang moden ngagai Sarawak. Menteri Industri Pemakai, Komoditi enggau Pemansang Wilayah