Trending

Tanah susur di Kampung Tambirat Tengah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

ASAJAYA: Penghuni dua buah rumah di Kampung Tambirat Tengah, di sini diingatkan berwaspada ekoran berlakunya kejadian tanah susur berhampiran kediaman mereka malam tadi.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut kira-kira jam 10.40 malam lalu menggerakkan tujuh anggota serta jentera ke lokasi.

“Setibanya anggota di lokasi kejadian, didapati benar berlakunya tanah susur seperti yang dilaporkan.

Kejadian tanah susur membabitkan runtuhan tebing sungai dilaporkan berlaku pada jam 10.40 malam.

“Hasil dari pemantauan mendapati terdapat tebing sungai runtuh akibat arus air deras,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Jelasnya, dua rumah terbabit terletak lebih kurang 20 kaki dari runtuhan tebing sungai tersebut.

Justeru katanya, penghuni rumah berkenaan dinasihatkan agar berjaga-jaga dan mengelakkan dari lokasi kejadian.

Sementara, Ketua Kaum Kampung Tambirat Tengah Mahmud Keri dihubungi berkata, sebuah rumah dihuni oleh enam orang semasa kejadian sementara sebuah lagi rumah didiami oleh seorang lelaki.

Katanya, jarak tanah susur dari rumah tersebut antara lapan hingga ke sembilan meter dan tanah susur berlaku secara berperingkat.

Jelasnya, pemilik rumah diingatkan untuk membuat pemantau selain dan beliau sendiri akan membuat pemantaun dari masa ke semasa dan memaklumkan kepada pihak berwajib.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru