ARTIKEL

Tanam bunga ros

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BUNGA ROS atau mawar sangat terkenal disebabkan rupa, warna dan bau harum.

Bunga ros juga menjadi simbolik momen romantik.

Dikatakan setiap bunga ros memberi maksud berlainan seperti warna atau jumlah kuntum bunga tersebut.

Namun, penanaman dan penjagaan bunga ros tidak semudah yang disangka, lebihlebih lagi atas faktor cuaca di Malaysia.

Contohnya, kawasan penanaman terlalu terdedah dengan cahaya matahari dan sumber air terhad.

Bunga ros memerlukan penjagaan khusus untuk kekal cantik pada tahap yang terbaik.

Pokok bunga ros biasanya mati kerana salah teknik penjagaan dan keadaan tanah kebun.

Antara tip menjaga pokok ros bersesuaian dengan iklim di Malaysia adalah dengan meletakkan bunga tersebut di bawah teduhan.

Bunga ros memerlukan cahaya matahari yang penuh, namun pada awal penanaman, jangan biarkan ia terkena cahaya matahari secara berterusan.

Seelok-eloknya, letak bunga tersebut di dalam polibeg dan tempatkan di kawasan teduh.

TANAH SESUAI

Seterusnya, apabila pokok bunga ros disesuaikan dengan keadaan cuaca, anda boleh mengeluarkan tanaman tersebut dari polibeg dan pindahkan ke dalam pasu.

Buangkan hampir semua tanah lama yang digunakan dan sediakan pasu baharu dengan medium tanah yang lebih sesuai.

Guna medium tanah gembur atau tanah sedia (well-draining) dan guna pasu yang lebih besar berbanding polibeg.

Kemudian, siram pokok bunga ros dengan kerap untuk membantu pokok kekal dalam keadaan baik Pokok bunga tersebut perlu disiram setiap hari dan waktu terbaik adalah pada awal pagi atau lewat petang.

RENDAM PASU

Ketika cuaca panas berterusan, anda boleh merendam pasu pokok bunga ros ke dalam besen yang diisi dengan air. Lakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Sewaktu menyiram, anda boleh semburkan bahagian bawah daun.

Sediakan semburan seranggan untuk menghalang serangga daripada menyerang tanaman anda.

Selepas beberapa minggu, guna baja organik untuk pertumbuhan pokok agar sihat dan mekar.

Namun, setelah kelopak bunga ros mula kelihatan, hentikan penggunaan baja.

Bunga ros memerlukan pemangkasan ringan selepas bunga tersebut mula mekar supaya dapat menghasilkan beberapa bunga bertangkai pendek.

Lebih banyak pokok bunga ros dipangkas, semakin lebat tanaman bunga tersebut.

Jika tidak dipangkas dengan banyak, pokok itu menghasilkan bunga yang lebih sedikit tetapi bunganya akan kelihatan lebih besar.

Pemangkasan amat diperlukan ketika menjaga bunga ros kerana ia membuang batang yang berpenyakit dan mati.

LAIN-LAIN BERITA

Dendang nurani malam bersama Palestin

DEWAN Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) menganjurkan persembahan Dendang Nurani-Malam Bersama Palestin di Balai Budaya sebagai tanda laungan keadilan sisi kemanusia, barubaru ini. Acara

Kongsi pengetahuan, pengalaman

KUNJUNGAN hormat Pengarah Ikmas, Hanifuddin Roslan, ke Pusat Penerangan Islam (IIC) disambut baik oleh Ketua Pegawai Eksekutif IIC, Dr Asmah Othman. Pengurus Bahagian Penyelidikan dan

Anak lambat bercakap

ANAK saya belum bercakap. Kenapa si kecil saya tidak bercakap? Berapa banyak perkataan yang sepatutnya dikeluarkan oleh kanak-kanak berumur dua tahun? Gejala anak lambat bercakap

Penjagaan kebun musim hujan

MUSIM hujan, adakalanya menjadi kelebihan kepada tanaman kerana keperluan airnya mencukupi. Secara tidak langsung, anda tidak perlu menyiram. Bagaimanapun, musim hujan juga antara punca tanaman

Terima kasih Tun Taib

ALLAHYARHAM TUN PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD tokoh Sarawak disegani membawa pelbagai perubahan kepada masyarakat berbilang kaum dan agama di Bumi Kenyalang. Mempelopori bidang politik,

BERITA TERBARU