Trending

Tanam padi secara komersial untuk jaminan bekalan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Golongan petani di Sarawak digalakkan terlibat dalam penanaman padi secara komersial bagi mengurangkan kebergantungan kepada pembelian beras import.

Menteri Industri Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata, penamanan padi di Sarawak sangat rendah dengan kadar 38 peratus dan selebihnya bergantung kepada pembelian dari negara luar.

RASMI… Dr Stephen Rundi Utom (tengah) bersama Datin Seri Loreta Sawot (dua kanan), Presiden SDNU, Tan Sri William Mawan Ikom (kiri) dan Timbalan Pengarah RTM Sarawak, Norjihan Yahya (kanan) di Majlis Perasmian Ngabang Gawai di RTM Kuching semalam. | Ghazali Bujang

“Sekiranya negara Thailand dan Vietnam enggan menjual beras kepada kita, apakah yang kita akan makan?

“Sekarang ini, petani tempatan kita lebih cenderung terlibat dengan penanaman kelapa sawit kerana ia mempunyai rantaian bekalan yang lengkap.

“Oleh itu, kita memerlukan kerjasama semua pihak seperti Jabatan Pertanian untuk memberi tunjuk ajar, latihan dan sebagainya kepada golongan petani yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Ngabang Gawai Waifm RTM Kuching dengan kolaborasi Jabatan Pertanian Sarawak dan Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) di sini, semalam.

Menurutnya, industri pertanian amat penting untuk meningkatkan pendapatan dan menaikkan taraf hidup penduduk di kawasan luar bandar.

Sehubungan itu, usaha tersebut memerlukan RTM untuk menyalurkan semua maklumat kepada penduduk luar bandar, terutamanya kawasan pedalaman seperti di rumah panjang, untuk mengubah corak pemikiran mereka ke arah pembangunan pertanian moden.

“Kita juga memerlukan kerjasama semua pihak untuk berkongsi tentang faedah-faedah yang diperoleh sekiranya mereka (petani) beralih kepada pertanian moden,” jelasnya.

Turut hadir pada majlis tersebut Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah) Tan Sri William Mawan Ikom serta Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Martin Ben.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru