ARTIKEL

Tanaman hidroponik menggunakan sistem solar membuahkan hasil

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PELBAGAI… Tanaman tumbuh dengan baik menerusi penanaman hidroponik menggunakan sistem solar.

KUCHING: Pengenalan pertanian hidroponik menggunakan sistem solar oleh Kolej Universiti i-CATS (iCats UC) kepada komuniti di Kampung Sibu Laut membuahkan hasil.

Pensyarah Kanan Ketua Program Sarjana Muda Sains (Kepujian) Dalam Agroteknologi Clement Empaling iCats UC memberitahu, komuniti di kawasan tersebut menyaksikan kejayaan tanaman tersebut.

“Sayur-sayuran yang ditanam menerusi proses tersebut tumbuh dengan baik. Malah, kita menjangkakan untuk menuai hasil tanaman dalam masa seminggu sahaja lagi.

“Kami percaya, program ini merupakan satu langkah baik untuk menuju ke arah mewujudkan masa depan yang mampan. Oleh itu, diharap lebih banyak usaha kolaboratif seperti ini diadakan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, beliau mendedahkan bahawa iCats UC terus komited untuk menjalankan pemantauan dan lawatan di tapak tersebut dalam memastikan usaha tersebut berjaya dilaksanakan.

“Kami juga merancang untuk mengembangkan lagi kawasan tanaman dengan memasang penutup plastik sinaran ultraungu (UV) untuk struktur bumbung bagi melindungi tanaman,” katanya ringkas.

Untuk rekod, program tersebut telah diadakan pada 26 November tahun lepas bertempat di Kampung Sibu Laut dengan kerjasama Bank Rakyat menerusi salah satu program tanggungjawab sosial (CSR).

Program yang turut menyaksikan penyertaan daripada masyarakat setempat ini bertujuan untuk menggalakkan kehidupan lestari dengan memperkenalkan pertanian hidroponik menggunakan sistem solar kepada masyarakat.

BERITA LAIN

Pastikan sistem keselamatan berfungsi baik

MIRI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Sarawak melancarkan Operasi Kuda Laut bermula semalam mengadakan operasi mengejut di beberapa premis di dalam dan

SUKMA XXI: Sarawak mampu jadi tuan rumah terbaik

KOTA KINABALU: Kontinjen Sabah yakin penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 akan menjadi yang terbaik berbanding sebelumnya. Ketua Menteri Sabah, Datuk

MPI anjur Kursus Pemberitaan Luar Daerah

Kursus membantu meningkatkan ilmu dan kemahiran asas dalam bidang kewartawanan ini mengalu-alukan wartawan baharu serta lama untuk turut serta bagi menyuburkan memori mereka dalam bidang

BERITA TERBARU