ARTIKEL

Tangani BUDAYA BULI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BULI, isu paling sering didengar berlaku tidak kira di pejabat, sosial media, ruang awam dan paling biasa terjadi di sekolah. 

Isu ini merupakan masalah serius, khususnya di sekolah yang dilihat sebagai tempat anak-anak membesar.

Sebut sahaja perkataan buli, secara automatik ia memberi gambaran tingkah laku agresif yang berulang oleh seorang atau beberapa pelajar terhadap pelajar lain. 

Buli boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, termasuk keganasan fizikal, penderaan lisan dan pengecualian sosial. 

Seperti yang berlaku baru-baru ini, satu video kes buli tular melibatkan pelajar dari sebuah sekolah menengah di sebuah daerah di negeri ini. 

Kejadian tersebut dilaporkan kepada pihak polis dan membawa kepada penahanan lapan pelajar. 

Selain mencalarkan imej sekolah, ia juga bagaikan menconteng arang di muka sendiri dan keluarga.

Sudah tentu, buli membawa kepada kesan yang boleh memudaratkan, menyebabkan mangsa menjadi murung, bimbang, malah mendorong seseorang bertindak membunuh diri.

PENDERAAN LISAN

Buli merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab dan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. 

Baca lain  Persiapan ke arah PENDIGITALAN PENDIDIKAN

Satu bentuk buli yang paling biasa terjadi ialah penderaan lisan. 

Ini boleh berlaku dalam bentuk memanggil nama, mengusik atau menyebarkan khabar angin tentang pelajar. 

Penderaan lisan tidak kurang memberi impak kepada mangsa, walaupun bukan dari segi fizikal, tetapi menyebabkan gangguan emosi jangka panjang.

Mangsa penderaan lisan berkemungkinan tertekan dan cemas, malah mungkin mengalami Gangguan tekanan pascatrauma (PTSD).

Manakala, keganasan fizikal pula merupakan bentuk buli yang melibatkan kesan yang jelas terhadap tubuh badan mangsa. 

Ia termasuk memukul, menendang atau menolak pelajar, serta tindakan keganasan yang lebih serius seperti serangan seksual atau rogol. 

Tidak terhad kepada dua jenis buli itu, tindakan pengecualian sosial juga dilihat sebagai bentuk bentuk buli yang boleh membawa kesan negatif, sama seperti keganasan fizikal atau penderaan lisan. 

Pengecualian sosial merupakan tindakan yang sengaja mengecualikan pelajar yang disasarkan (mangsa) daripada aktiviti sosial seperti parti atau projek kumpulan. 

Ini boleh membawa kepada perasaan terasing dan kesunyian serta boleh memberi kesan berpanjangan pada harga diri dan keyakinan mangsa.

Baca lain  Kongkang spesies haiwan terancam

Jelas bahawa perbuatan membuli ini boleh memberi kesan jangka panjang kepada mangsa, khususnya dari segi masalah kesihatan mental. 

BERGELUT KEYAKINAN

Disebabkan itu juga, mangsa mengalami kesukaran membina hubungan dengan orang lain, dan mungkin bergelut dengan keyakinan diri.

Sejujurnya, isu ini memang sukar ditangani kerana ia berlaku di belakang guru-guru dan ibu bapa. 

Bagaimanapun, kita tetap perlu berusaha agar budaya ini dapat dihapuskan mengikut edaran zaman. 

Antara langkah yang boleh kita ambil adalah mencegah kejadian seperti ini berulang, dengan mewujudkan budaya saling menghormati dan baik hati dalam komuniti sekolah. 

Selain itu, strategi yang dijangka memberi kesan baik adalah untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan mereka untuk mengenali dan memberi tindak balas terhadap kes buli. 

Selain itu, penting bagi pendidik, ibu bapa dan komuniti bekerjasama dan memperkasa individu muda dengan pengetahuan, kemahiran dan sokongan diperlukan untuk menangani buli secara berkesan. 

Dengan berbuat demikian, kita boleh mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan baik untuk semua pelajar, mempromosikan kesejahteraan keseluruhan dan kejayaan akademik mereka.

BERITA LAIN

Pengurusan rekod sistematik, efisien

SESI kunjungan hormat Ikmas ke Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak diketuai Timbalan Pengarah Ikmas, Abd Malek Ghazali dan disambut Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak

Lawatan ke CENTEXS

SERAMAI 106 pelajar semester dua Diploma Dakwah Islamiyah mengikuti lawatan ke Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) diiringi enam pegawai Ikmas. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan

Kuih bongkol juadah istimewa Sarawak

KUIH bongkol tidak asing lagi bagi masyarakat Sarawak lebih-lebih lagi pada Ramadan lalu. Malah, kuih ini pasti menjadi salah satu hidangan wajib dijual oleh peniaga

Bertuntung gaya moden

TRADISI “bertuntung” dilihat semakin moden dengan gabungan lampu LED atau lampu liplap sebagai penyeri rumah pada 10 malam terakhir Ramadan sehingga Syawal di Sarawak. Tradisi

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,