ARTIKEL

Awla semasa dalam perbahasan usul penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Sidang DUN Sarawak Ke-19 pada Jumaat. | BERNAMA

Tangani isu bekalan elektrik, jaringan telekomunikasi Simunjan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Masalah bekalan elektrik terputus dan jaringan telekomunikasi yang lemah di kawasan Simunjan perlu ditangani secepat mungkin oleh pihak berwajib.

Adun Simunjan Awla Dris berkata, konstituensinya sering menghadapi bekalan elektrik terputus tanpa notis.

Katanya, beliau khuatiri masalah ini terus berlaku dan mengakibatkan kerugian kepada Kerajaan Sarawak menanggung kos penyelenggaraan tersebut.

“Antara punca berlakunya terputus bekalan ini ialah vendalisme atau kecurian peralatan elektrik.

“Dengan ini saya memohon pihak Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Daerah Simunjan supaya membuat pemantauan bersama pihak PDRM ke atas premis penjualan barangan terpakai berdekatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perbahasan usul penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Sidang DUN Sarawak Ke-19, hari ini.

Di samping itu, Awla berkata, rakyat di DUN Simunjan turut menghadapi masalah telekomunikasi yang lemah.

Jelasnya, walaupun terdapat penambahan menara telekomunikasi, namun masalah ini masih belum selesai.

“Di sini saya ingin memohon agar Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak menambah lebih banyak pencawang bagi mengatasi masalah ini secepat mungkin.

“Ini kerana kebanyakan guru dan pelajar memerlukan capaian Internet yang kuat untuk menyiapkan kerja sekolah mereka,” ujarnya.

BERITA LAIN

Lebih 960 spesies kupu-kupu ditemukan di Borneo

KOTA KINABALU: Lebih 960 spesies kupu-kupu ditemukan di Borneo dan 81 daripada spesies berkenaan ialah endemik, kata Timbalan Ketua Konservator (Penyelidikan dan Pembangunan) Dr Arthur Y.C

BERITA TERBARU