ARTIKEL

Tangani isu jualan vape kepada murid sekolah dengan bijak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk mengatasi masalah penjualan rokok elektronik dan vape kepada murid sekolah.

KPM dalam kenyataan pada Ahad berkata berdasarkan pemantauan yang dibuat, ia mendapati jualan bahan-bahan tersebut adalah di luar kawasan sekolah.

“KPM memandang serius isu jualan bahan terlarang seperti rokok elektronik dan vape kepada murid sekolah yang ditularkan sejak beberapa hari lalu.

“Sehubungan itu, bagi memastikan perkara ini tidak berleluasa, KPM akan bekerjasama dengan KPDNHEP untuk membendung jualan bahan-bahan terlarang itu terutama kepada murid sekolah,” menurut kenyataan itu.

KPM memberitahu ia turut mengambil langkah sewajarnya dalam memberi pendedahan tentang larangan membeli dan bahaya penggunaan bahan-bahan seumpama itu dari sudut kesihatan.

Ia mengingatkan ibu bapa untuk memantau kegiatan anak-anak yang menjurus ke arah penggunaan bahan terlarang itu.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat