Tangani isu migrasi bandar melalui rumah mampu milik

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan menangani isu migrasi dari luar bandar ke bandar di negeri ini dengan menyediakan skim perumahan mampu milik.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, skim ini diwujudkan setelah menyedari ‘perumahan’ merupakan kunci utama dalam era pembangunan hari ini.

“Kerajaan (Sarawak) akan menyediakan perumahan mampu milik kepada penduduk-penduduk yang berhijrah ke kawasan bandar ini pada harga yang berpatutan.

“Tanah premium untuk masyarakat yang berhijrah telah diturunkan pada tahun lalu pada harga RM2,500 untuk satu lot.

“Rumah boleh dibangunkan oleh pemilik sendiri tetapi kerajaan akan membantu agar kos menjadi lebih murah,” katanya dalam Majlis Gawai Ngiling Bidai 2019 di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Bagi tujuan tersebut jelasnya, pihak kerajaan akan menyediakan infrastruktur terkini seperti jalan raya, parit konkrit dan sebagainya.

“Kita juga telah mengenal pasti kawasan untuk pembinaan perumahan iaitu di Stapok, Sungai Maong, Segedup dan kawasan berhampiran Batu Kawa, dan tempat ini sangat sesuai.

Adun Satok itu berkata, kawasan Kudei juga akan dibangunkan dan pembukaan kawasan perumahan baharu ini akan memberi keutamaan kepada penduduk di kawasan setinggan.

Pada masa sama jelasnya, untuk membantu mereka yang ingin membeli rumah, Kerajaan Sarawak menubuhkan Mutiara Mortgage and Finance, yang dimiliki Kerajaan Sarawak untuk memberi pinjaman.

“Syarikat ini ditubuhkan supaya pinjaman tidak hanya tertumpu kepada pihak bank semata-mata.

“Ia juga sebagai usaha untuk membantu masyarakat kita mendapatkan rumah, khususnya kepada mereka yang berhijrah.

Sementara itu, menjawab isu yang dikemukakan Temenggong Kaum Iban Bahagian Kuching, Datuk Bernard Aggan Assan, beliau memberitahu akan mengkaji isu berkaitan tanah perkuburan untuk masyarkat Iban di Kuching dan Sibu.

“Dalam polisi sosial kita, kita liau memberitahu akan mengkaji tidak hanya fokus kepada orang isu berkaitan tanah perkuburan yang hidup tetapi juga kepada mereka yang telah meninggal,” katanya.

Suara Sarawak