Tangani masalah kekurangan guru

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) meminta Kerajaan Sarawak melihat semula dasar nisbah 90:10 untuk memberi kelonggaran kepada guru dari Semenanjung Malaysia berkhidmat di Sarawak.

“Ia sekali gus menangani masalah kekurangan guru sebanyak 3,000 orang di negeri ini terutamanya sekolah bandar dan luar bandar,” jelas Presiden STU Adam Prakash Abdullah.

Menurutnya, dasar yang diminta oleh pihak tertentu bagi memberi peluang guru-guru Sarawak berkhidmat di tanah kelahiran sendiri merupakan punca utama kekurangan guru.

Katanya, banyak kekosongan yang ditinggalkan oleh guru-guru dari Semanjung Malaysia yang bertugas di Sarawak dahulu dibiarkan begitu sahaja.

“Kini tiba masanya Kerajaan Sarawak melihat semula dasar ini demi kebajikan anak-anak dan guru. Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Datuk Amar Michael Manyin Jawong perlu berbincang dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai kelonggaran kemasukan guru.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 07 Mei 2021

Suara Sarawak