Tangguh niat untuk ke China

KUCHING: Kerajaan China telah diminta untuk mengambil tindakan mengurangkan penularan wabak koronavirus (2019-nCoV) yang semakin membimbangkan.

Konsulat Jenderal Republik China di Kuching Cheng Guangzhong berkata, beliau mengakui terdapat penyebaran selesema seperti Pernafasan Akut Teruk (SARS) sedang berlaku di negara itu.

“Saya percaya, semua cabaran ini akan dapat ditangani tidak lama lagi. “Kini, pihak saya menunggu notis pemberitahuan daripada Kerajaan China di sana,” katanya kepada media pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di kediaman Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, pada Sabtu.

Tambahnya, beliau menasihati rakyat Sarawak pada ketika ini agar menangguhkan niat pergi ke negara berkenaan untuk sementara waktu.

“Kita telah menggesa Kerajaan China untuk mengambil tindakan supaya mengurangkan penularan virus tersebut di China sendiri dan ke luar negara termasuk Sarawak,” jelasnya. Pada 25 Januari lalu, Kementerian Kesihatan memaklumkan tiga warga China yang memasuki Malaysia melalui Johor disahkan positif novel koronavirus.

Suara Sarawak