ARTIKEL

Tangguh pulang M’sia, pelajar JPA dibenar bekerja di luar negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di luar negara dipertimbangkan untuk menangguhkan kepulangan ke Malaysia bagi tujuan bekerja di luar negara.

“Keputusan ini dibuat untuk memberi peluang kepada pelajar tajaan kerajaan menimba pengalaman dan kemahiran pekerjaan di luar negara sebelum balik berkhidmat di dalam negara,” menurut JPA dalam kenyataan hari ini.

JPA memaklumkan penangguhan itu tertakluk kepada beberapa ketetapan antaranya kebenaran bekerja berdasarkan permohonan yang dikemukakan oleh pelajar tahun akhir di peringkat ijazah pertama dan tidak diberikan secara automatik.

Selain itu, tempoh penangguhan yang dibenarkan bekerja di luar negara adalah tidak melebihi tiga tahun dan pelajar tajaan pinjaman dikehendaki membayar balik nilai pinjaman secara ansuran bulanan dalam tempoh tersebut.

Menurut JPA tempoh bekerja di luar negara dikira sebagai Tempoh Ikatan Berkhidmat yang ditetapkan dalam perjanjian.

Bagi pelajar tajaan pinjaman, JPA memaklumkan pelarasan bayaran balik nilai pinjaman berdasarkan sektor pekerjaan dalam negara dan dibenarkan sekali sahaja setelah pelajar pulang ke Malaysia, tertakluk pada syarat yang ditetapkan.

Permohonan boleh dibuat mulai 15 Februari 2024 menerusi laman sesawang: myself.jpa.gov.my.  – BERNAMA

BERITA LAIN

Polis buru 10 ahli kumpulan jenayah terancang

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan 10 individu disyaki terlibat dalam kumpulan jenayah terancang yang terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah di sekitar Selangor. Pengarah Jabatan Siasatan

BERITA TERBARU