ARTIKEL

Tangguhkan sebarang dasar baharu – MBAM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) meminta kerajaan supaya menangguhkan sebarang dasar baharu yang akan mengakibatkan kenaikan kos menjalankan perniagaan dalam waktu yang mencabar ketika ini.

MBAM juga menggesa kerajaan untuk memberikan pengecualian pembayaran levi terhadap pekerja asing yang memperbaharui permit kerja dan melanjutkan kelulusan permit kepada mereka yang terkandas di negara asal dan tidak dapat memasuki Malaysia ketika sekatan perjalanan penuh serta mereka yang tinggal lebih masa kerana pelaksanaan sekatan perjalanan.

“Diharapkan Jabatan Imigresen dapat mempertimbangkan pengecualian yuran untuk pas khas untuk mereka yang tinggal lebih masa dalam tempoh Sekatan Perjalanan Penuh,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

MBAM berkata pakej bantuan PEMERKASA Plus akan membantu rakyat dan perniagaan dalam menghadapi keadaan sukar akibat pandemik COVID-19 dan sekatan perjalanan penuh di seluruh negara yang bermula hari ini.

Ia juga menyambut baik lanjutan Akta Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit COVID-19 atau Akta 829 kepada 31 Disember, 2021.

Pakej ini juga merangkumi pelaksanaan projek kecil dengan peruntukan lebih daripada RM2 bilion untuk kontraktor kelas G1 hingga G4 untuk pembaikan infrastruktur dan kemudahan awam.

“Ini adalah berita baik bagi industri pembinaan dan kami menantikan penambahbaikan Akta 829,” kata MBAM yang mewakili kira-kira 17,000 ahli dalam industri pembinaan. – Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya