ARTIKEL

Tangisan Dhuyuf al-Bayt

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
Mohd Fadzly Hj Miswan Kem Muara Tuang 27 Mei 2023.

i
Seluk dalam saku
tercicir nota noda
saat kocek dosamu sobek berdekad disulap rapi tanpa ada mata
yang memeka
hanya al-Raqib
tahu apa lakumu.

ii
Bulir bening taubat berambai-ambai
di cangkir Tanah Haram membasuh serdak jahil
pada jasad berlumpur keliru sedang kau tahu
hadirnya seluas lautan al-Ghaffar.

iii
Sesalju busana melapisi
kerdil tubuh
menafikan siapa kau disisi-Nya meski raja dipersada
atau marhaen bersila
di lorong sepi
maksud menginsafkan
teleku Dhuyuf
di pintu Kaabah.

BERITA LAIN

Matinya presiden kami!

Seluruh jelata Asmaraloka dikejutkan dengan khabar liar yang berhembus sejak semalam itu. Semacam tidak percaya, rasanya baru seminggu lepas presiden mereka itu mendapat tepukan dan

Nukilan Effa Raifana

EFFA RAIFANA. Nama sebenar beliau ialah Nur Raifana Abdullah @ Deborra Michael. Kelahiran daerah Dalat, Sarawak. Berkhidmat di Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak. Bergiat aktif

Kilau Ramadan

Saat siang datang mewarnai kelaparan Betapa kemiskinan kian tumbuh di ladang Kilau ramadan menyamar lentik kehampaan Haus dan lapar mendayung saling menghayati setelah siang menuntut

Sanggar Puisi

HARUMAN RAMADAN Hirupan mewangi akrab bersama alunan suci Rempah taqwa membalut diri Ujian menahan nafsu Sepurnama Ramadan hadir Maghfirah diburu insani Mawaddah iqra itulah penyeri

Oyeng dan lelaki berwajah Bonoba

AWANG JOHARI JULAIHI menggunakan nama pena: Johari A. Julaihi, berasal dari Simunjan dan menetap di Kota Samarahan, Sarawak. Berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dengan Kepujian

Puasa Pertama Aariqin

AIRUL AFFENDI ALI “Ayah, betul ke kalau tak puasa, tak boleh raya?. Soal Aariqin dengan dahi berkerut sambil matanya mulai mendung. Aku tersenyum. Buku yang

BERITA TERBARU