Tangkap orang ingkar PKP

KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak tidak akan berlembut lagi terhadap individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai hari ini.

Justeru, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata pengeluaran kompaun akan dikurangkan, sebaliknya meningkatkan tangkapan.

“Kita akan tangkap dan tuduh di mahkamah di mana boleh dijatuhkan hukuman penjara dan/ atau denda,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, bagi tempoh 8 pagi semalam sehingga hari ini, jumlah orang yang dikompaun seramai 222 orang dan 26 orang telah ditangkap.

Katanya Sibu merekodkan paling ramai orang dikompaun iaitu seramai 32 orang, diikuti Kuching (31 orang), Kota Samarahan (28 orang), Bintulu (28 orang), Serian (25 orang), Saratok (17 orang), Bau (16 orang), Miri (8 orang), Padawan (8 orang), Lundu (8 orang) dan Betong (5 orang).

Selain itu Sarikei (5 orang), Lawas (5 orang), Lubok Antu (2 orang), Limbang (1 orang), Marudi (seorang), Simunjan (seorang) dan Matu Daro (seorang).

Manakala bagi tangkapan, Dev berkata Miri seramai 15 orang, Kota Samarahan (7 orang), Kuching (2 orang), Limbang (seorang) danPadawan (seorang).

Beliau berkata jumlah keseluruhan tangkapan sejak PKP fasa satu dilaksanakan ialah seramai 633 orang, dengan seramai 733 orang dikompaun.

Suara Sarawak