ARTIKEL

Tangkapan berkaitan dadah, jenayah komersial di Miri meningkat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Jumlah tangkapan berkaitan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di Daerah Miri mencatatkan peningkatan ketara sejak 11 bulan lalu dengan menyaksikan seramai 1,026 individu ditahan.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 30 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

“Peningkatan angka tangkapan pada tahun ini amat ketara, seramai 789 individu telah ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah.

“Selain itu, jenayah komersial pada tahun ini turut mencatatkan peningkatan dengan catatan sebanyak 365 kes dilaporkan dalam tempoh Januari hingga November, berbanding 314 kes pada tahun lalu.

“Sehubungan itu, pihak berkuasa akan mempergiatkan usaha bagi menangani peningkatan dalam kesalahan berkaitan dadah dan jenayah komersial di daerah ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mendedahkan kes berkaitan kemalangan jalan raya turut mencatatkan peningkatan sebanyak 8.1 peratus iaitu bersamaan dengan 248 kes.

Katanya, kadar kemalangan jalan raya dari tempoh Januari hingga November tahun ini merekodkan sebanyak 3,249 kes berbanding 3,046 kes pada tempoh sama tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, di sebalik lonjakan angka kes-kes yang dilaporkan, IPD Miri berjaya mencatatkan penurunan kadar jenayah indeks iaitu hanya 256 kes direkodkan untuk tempoh yang sama, berbanding 260 kes pada tempoh sama tahun lalu.

Pada majlis tersebut, Alexson telah menyampaikan sijil penghargaan kepada pegawai dan anggota yang menunjukkan prestasi yang memberansangkan dalam usaha menangani kegiatan jenayah, dan juga kepada kakitangan yang dinaikkan pangkat.

LAIN-LAIN BERITA

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta