ARTIKEL

Tangu Jana pendapatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tidak ada yang mustahil jika sikap ingin mencuba sesuatu mampu memberikan hasil kepada seseorang individu.

Lian Ilat, 34 atau mesra disapa Lian yang kini sedang giat dalam pembuatan tangu atau marik empang mengatakan bahawa hasil daripada membuat tangu memberikan pendapatan yang sangat memberansangkan.

“Minat itu hadir dalam diri saya dan saya berani untuk mencuba membuat tangu hingga ianya mendapat permintaan daripada orang ramai.

“Saya mula membuat tangu sejak dari tahun 2021 lagi dan pada ketika itu harga manik boleh dikatakan murah.

“Sekarang, harga manik semakin meningkat berbanding tahun lepas dan sudah tentu ianya memberi impak kepada kenaikan harga tangu yang saya jual,” katanya.

Namun, Lian sangat bersyukur kerana pembeli tidak pernah merunggut dengan harga yang diletakkan olehnya malah permintaan daripada pembeli semakin meningkat pada tahun ini.

“Setiap corak ataupun warna pada tangu adalah mengikut permintaan setiap pembeli.

“Dalam membuat tangu ini, ketelitian adalah sangat penting kerana kita bekerja dengan manikmanik yang kecil dan memerlukan fokus yang sepenuhnya,” jelasnya.

Di samping itu, Lian juga membuat tangu yang kecil sebagai hiasan untuk digantung dalam kereta yang berharga RM65.

Ditanya tentang modal dalam membuat tangu, Lian mengatakan bahawa modal yang digunakan adalah sebanyak RM400 lebih untuk membeli manik, benang dan alatan lain yang digunakan.

Anggaran harga setiap tangu yang dibuat olehnya adalah dari RM450 hingga RM500 mengikut warna dan corak.

Keuntungan yang diperolehi oleh Lian dalam menjual tangu ini mampu mencecah hingga lebih RM2,000.

Selain itu, Lian juga ada membuat kek lapis yang berharga dari RM150 hingga RM200 untuk satu loyang.

Bagi yang ingin membuat tempahan dan pembelian boleh layari laman Facebook Lian Maja.

BERITA LAIN

Gas asli pastikan lampu rumah menyala

KEKAYAAN sumber gas asli yang ditemukan di ketiga-tiga wilayah – Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak – di negara ini, membolehkan penduduk menikmati bekalan tenaga mampu

Teroka tenaga kerja berkemahiran tinggi

BINTULU: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sering menjadi agenda utama pendidikan negara dalam menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, sejajar dengan keperluan industri

Jadi usahawan berinovasi

KUCHING: Usahawan Bumiputera perlu menghapuskan sikap kebergantungan kepada kerajaan untuk mengukuhkan perniagaan mereka, kata Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr

BERITA TERBARU