ARTIKEL

Tapak rumah panjang baharu Rumah Daglish Ambing, Pasai Bon siap untuk pembinaan SIBU: Pegawai Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin, Kaunselor Ajan Dau, mewakili Ahli DUN (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang, telah menghadiri program serah tapak projek siap di bawah Program Tranformasi Luar Bandar (RTP) bagi kawasan DUN Tamin pada Rabu lepas. Projek RTP tersebut menyediakan tapak rumah panjang baharu Rumah Daglish Ambing, Pasai Bon di sini. Projek di bawah Program RTP tersebut berjaya disiapkan oleh pihak kontraktor mengikut masa yang telah ditetapkan. Justeru, Gira berharap agar inisiatif kerajaan menerusi pelaksanaan Projek RTP DUN Tamin ini dapat meringankan beban kos pembinaan penduduk Rumah Daglish Ambing dengan penyediaan tapak rumah panjang mereka. Hadir sama pada majlis itu ialah wakil Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Mukah, pihak kontraktor serta agensi terlibat.

Tapak rumah panjang baharu Rumah Daglish Ambing, Pasai Bon siap untuk pembinaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Pegawai Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin, Kaunselor Ajan Dau, mewakili Ahli DUN (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang, telah menghadiri program serah tapak projek siap di bawah Program Tranformasi Luar Bandar (RTP) bagi kawasan DUN Tamin pada Rabu lepas.

Projek RTP tersebut menyediakan tapak rumah panjang baharu Rumah Daglish Ambing, Pasai Bon di sini.

Projek di bawah Program RTP tersebut berjaya disiapkan oleh pihak kontraktor mengikut masa yang telah ditetapkan.

Justeru, Gira berharap agar inisiatif kerajaan menerusi pelaksanaan Projek RTP DUN Tamin ini dapat meringankan beban kos pembinaan penduduk Rumah Daglish Ambing dengan penyediaan tapak rumah panjang mereka.

Hadir sama pada majlis itu ialah wakil Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Mukah, pihak kontraktor serta agensi terlibat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU