Trending

Tapak warisan UNESCO di Vietnam

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

JIKA ingin bercuti di luar negara, mungkin Vietnam boleh menjadi salah satu pilihan destinasi terbaik.

Negara yang dikenali dengan julukan “Naga Biru” ini menjadi salah satu tempat pelancongan terbaik di Asia Tenggara dengan tarikan semula jadi dan binaan menakjubkan.

Campuran alam semula jadi dan kepelbagaian budaya turut menjadikan Vietnam sebagai salah satu destinasi pilihan pelancongan dunia.

Vietnam menjanjikan pemandangan gunung-ganang menenangkan, tapak warisan Unesco dan kecantikan pantai.

TASIK HOAN KIEM

Tasik Hoan Kiem atau terkenal sebagai Lake of the Sword Returned terletak di ibu kota Vietnam dan menjadi salah satu pusat tarikan utama Hanoi.

Tasik Hoan Kiem ialah tasik terkenal yang sering dianggap sebagai sejambak bunga memainkan peranan penting dalam menjadikan landskap bandar lebih cantik dan lapang.

Tasik ini mempunyai keluasan 12 hektar dan dikelilingi oleh jalan di Hanoi Old Quarters termasuk jalan Le Thai To dan Jalan Dinh Tien Hoang di timur dan jalan Hang Khay di selatan.

Terdapat sebuah menara yang terletak di tengah-tengah tasik dikenali sebagai Turtle Tower.

BA NA HILLS

Tempat peranginan terletak di pergunungan Truong Son atau negeri ketiga terbesar Vietnam, Da Nang menawarkan pemandangan laut dan pergunungan di sekitarnya.

Jambatan ini dibina dengan ketinggian 1,400 meter dari aras laut dan terbentang kirakira 150 meter panjang.

Lebih daripada sekadar seni bina tulen, ia digelar jambatan emas dan menjadi simbol baharu pelancongan Da Nang sejak dibuka pada Jun 2018.

Justeru, ia menduduki carta tinggi sebagai seni bina terbaik seluruh dunia dan menjadi tempat wajib kunjung sekiranya anda ke Da Nang

AIR TERJUN BAN GIOC

Air terjun Ban Gioc merupakan nama gabungan untuk dua air terjun yang terletak di perbatasan Vietnam dan Tiongkok.

Ia merupakan air terjun transnasional terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia dengan lebar sekitar 200 meter dan mempunyai tiga aliran air terjun.

Air terjun ini berada di Sungai Quy Xuan menjadi pembatas di antara Vietnam dan Tiongkok.

Terletak di bukit Karst, Guangxi, China, dan di Cao Bang, Vietnam, 272 kilometer di sebelah utara Hanoi.

Tempat ini sangat sesuai dikunjungi pada musim panas kerana suasana air terjun sangat tenang.

HA LONG

Teluk Ha Long merupakan sebuah teluk dan tapak warisan Unesco di Vietnam.

Teluk ini mempunyai ribuan pulau kecil sebagai satu destinasi pelancongan.

Hang Long terletak di wilayan Quang Ninh, Vietnam utara atau 160 kilometer di Timur Hanoi dan mengambil masa sekitar tiga jam perjalanan dari bandar utama.

Sepanjang perjalanan menuju ke Teluk Ha Long, pengunjung boleh melihat penduduk setempat yang giat bertani.

Tambahan, beberapa aktiviti seperti berkayak, menaiki bot buluh dan menikmati pemandangan menakjubkan boleh dilakukan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Malam Kesenian Islam

Malam Kesenian Islam pada tahun ini membuka tirainya dengan acara

IPG BERSELAWAT

INSTITUT Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (IPGKBL) mengadakan Program Majlis

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru

Guru pemacu impian Sarawak

KUCHING: Guru berperanan penting dalam memastikan Sarawak berupaya merealisasikan impian