ARTIKEL

Tarik lebih banyak pelaburan dari China

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: HSBC terus bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia untuk membina ekosistem dan pentadbiran yang penting untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) dari China.

Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Bank Malaysia, Datuk Omar Siddiq berkata bank itu juga terus menyediakan perkhidmatan penting kepada syarikat Malaysia yang ingin berkembang dan melabur di China.

“Selama bertahun-tahun, HSBC telah membantu syarikat Malaysia memasuki pasaran China serta membantu syarikat China dan anak syarikat mereka untuk mengakses pasaran Malaysia.

“Ini termasuklah pelaburan rentas sempadan yang merangkumi pelbagai sektor termasuk antara lain infrastruktur, automotif, solar, kertas, e-dagang dan media sosial,” katanya kepada Bernama.

Omar menyertai Forum Perniagaan Malaysia-China anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri semalam.

Ia diadakan sempena lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China minggu ini.

Beliau berkata tumpuan strategik HSBC di rantau Asean dan matlamat kerajaan Malaysia untuk meningkatkan pelaburan antarabangsa sejajar dengan baik.

Selain itu, katanya China dan Malaysia telah menikmati hubungan kukuh dan berkekalan dan ini telah berkembang dengan ketara dalam persekitaran global yang pesat berubah.

Terletak secara strategik di tengahtengah Asean, katanya Malaysia terus menjadi destinasi menarik untuk pelaburan dari China dan tempat lain.

“Membuka sepenuhnya potensi Malaysia akan bergantung kepada pembangunan perdagangan dan pelaburan antara negara dan dunia yang lebih luas.

“Lebih-lebih lagi pada hari ini, memandangkan China menjadikan ekonominya lebih mudah diakses oleh pelabur global, China dan Malaysia perlu bekerjasama rapat untuk membangunkan pendekatan dan hubungan strategik jangka panjang.

“Sudah ada asas yang kukuh untuk membina wawasan jangka panjang China dan Malaysia sebagai rakan kongsi strategik, dan keazaman untuk merealisasikannya,” katanya.

BERITA LAIN

Gas asli pastikan lampu rumah menyala

KEKAYAAN sumber gas asli yang ditemukan di ketiga-tiga wilayah – Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak – di negara ini, membolehkan penduduk menikmati bekalan tenaga mampu

Teroka tenaga kerja berkemahiran tinggi

BINTULU: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sering menjadi agenda utama pendidikan negara dalam menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, sejajar dengan keperluan industri

Jadi usahawan berinovasi

KUCHING: Usahawan Bumiputera perlu menghapuskan sikap kebergantungan kepada kerajaan untuk mengukuhkan perniagaan mereka, kata Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr

BERITA TERBARU