ARTIKEL

Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu ketika menjawab soalan ADUN Tellian, Royston Valentine mengenai rasional Kerajaan Sarawak memilih sembilan bahagian termasuk Mukah sebagai venue SUKMA XXI pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini. Gambar oleh Ramidi Subari

Tarik minat belia Sarawak ceburi sukan melalui SUKMA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pemilihan sembilan bahagian di Sarawak sebagai venue–venue sukan bagi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 dibuat atas pelbagai faktor.

Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu berkata ia memandangkan SUKMA XXI Sarawak 2024 yang dijadual berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos mempertandingkan sebanyak 37 jenis sukan dan 488 acara.

“Ini menjadikan acara SUKMA XXI Sarawak 2024 lebih besar daripada Olimpik.

“Dalam pada itu, kita mendapat cabaran yang besar dari segi venue untuk mempertandingkan 488 jenis acara sukan ini, keperluan teknikal yang tinggi bersama dengan tempat penginapan untuk lebih daripada 15,000 atlet dan pegawai,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan ADUN Tellian, Royston Valentine mengenai rasional Kerajaan Sarawak memilih sembilan bahagian termasuk Mukah sebagai venue SUKMA XXI pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Menjelas lanjut, Gerald berkata bahagian-bahagian yang terlibat ialah Kuching bagi mempertandingkan 23 jenis sukan, Samarahan (2), Serian (1), Sri Aman (1), Betong (1), Sibu (3), Mukah (3), Bintulu (3) dan Miri (6).

Katanya pemilihan bahagian-bahagian itu adalah berdasarkan faktor-faktor seperti kemudahan prasarana sukan yang sedia ada, kemudahan logistik seperti jaringan perhubungan pengangkutan, penginapan, perkhidmatan sokongan.

Pada masa sama, beliau berkata ia memberi peluang kepada masyarakat untuk menyaksikan acara sukan terbesar Malaysia itu yang berlangsung di kawasan masing-masing.

“Selain itu untuk meriahkan sokongan masyarakat setempat bagi memastikan Sarawak menjadi juara SUKMA 2024 dan menarik minat golongan belia setempat menceburi bidang sukan terbabit.

“Ia juga secara tidak langsung merancakkan sektor ekonomi dan sektor pelancongan di kawasan tersebut.

“Yang lebih penting, saya memohon semua rakyat Sarawak untuk memberi sokongan penuh kepada kontinjen Sarawak pada SUKMA ini untuk menjadikan kita
sebagai ‘Runaway Champion’ pada tahun ini,” katanya.

BERITA LAIN

28 pasukan beradu nasib hujung minggu ini

KUCHING: Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Novis anjuran Akademi Takraw Satok (ATAS) 2024 akan berlangsung gelanggang Kelab Sukan Komuniti (KSK) Satok/SLPAS, Kuching pada Sabtu dan Ahad

16 pasukan rebut gelaran juara

SERIAN: Sejumlah 16 pasukan akan berentap bagi merebut gelaran juara Piala FA 2024, Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA). Pengerusi Kejohanan, Mohd. Haical Abdullah memberitahu,

Kecoh, pelajar cuba pukul pengadil

ALOR SETAR: Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) di Kubang Pasu bertukar kecoh selepas seorang pelajar lelaki dikatakan cuba memukul pengadil perlawanan pada

BERITA TERBARU

Dua pendam lama di Song disengkubang

SONG: Dua pendam Iban ditu udah disengkubang orang nadai tanggungpengawa ba penusah diripot nyadi kena 20 enggau 22 Mei tu tadi. Tuai Polis Pelilih Song,