ARTIKEL

Tarikan air terjun Belaga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LOKASI yang jauh di pedalaman menjadikan Belaga sebagai destinasi yang penuh dengan hidupan flora dan fauna terpelihara.

Antara tarikan yang menjadi tumpuan di Belaga adalah kawasan air terjun yang banyak.

Kawasan Belaga terletak di hulu Sungai Rajang atau dalam bahasa tempatan Belaga, Sungai Balui, yang menjadi faktor kepada kewujudan banyak kawasan air terjun di daerah ini.

Pada kali ini, penulis ingin membawa pembaca untuk meneroka lokasi air terjun menarik yang terdapat di Belaga.

AIR TERJUN WONG PEJIK, LUSONG LAKU

Terletak tepat bersebelahan dengan SK Lusong Laku, Air Terjun Wong Pejik Lusong Laku memiliki tarikan alam semula jadi yang menakjubkan.

Ketinggian air terjun ini melebihi 20 kaki dan lebar lebih 50 meter memandangkan air terjun tersebut terletak tepat di hulu Sungai Linau.

Lokasi air terjun ini juga sangat terpencil dan hanya dapat dilalui kenderaan pacuan empat roda — menggunakan jalan balak.

AIR TERJUN MENAWAN, MURUM

Bagi yang gemar melakukan aktiviti lasak dan mencabar, Air Terjun Menawan adalah lokasi yang amat sesuai dan patut dikunjungi.

Baca lain  Terus berinspirasi, jangan mudah mengalah

Pengunjung boleh menikmati pemandangan menakjubkan serta menghayati keindahan suasana sekeliling.

Lokasi air terjun ini sangat terpencil dan memerlukan jurupandu serta meminta izin daripada penduduk sekitar untuk pergi ke destinasi tersebut.

AIR TERJUN DANGAN

Bagi masyarakat Belaga, air terjun ini tidak asing kerana menjadi salah satu tumpuan untuk berkelah dan bermandimanda.

Air Terjun Dangan menjadi tumpuan kerana hanya mengambil masa sekitar 20 sehingga 30 minit dari Pekan Belaga menggunakan kenderaan pancuan empat roda.

AIR TERJUN KEJAVO

Berbeza dengan air terjun sebelumnya, Air Terjun Kejavo terletak di hulu Sungai Belaga ini hanya boleh dilawati menggunakan perahu selama 15 minit.

Setelah itu, pengunjung perlu berjalan kaki meredah hutan dari muara anak sungai yang dinamakan Sungai Kejavo selama 10 minit untuk tiba ke destinasi.

Keistimewaan Air Terjun Kejavo ialah pemandangan batu di lubuk air terjun itu seolah-olah sebuah dinding besar dengan ketinggian melebihi 20 kaki.

AIR TERJUN TEPIN

Juga terletak di hulu Sungai Belaga, Air Terjun Tepin hanya 10 minit lebih jauh ke hulu berbanding Air Terjun Kejavo dan hanya boleh menggunakan perahu untuk tiba ke destinasi.

Baca lain  GIGI SIPUT LAUT bahan terkuat di Bumi

Keistimewaan air terjun ini memiliki dua tingkat — tingkat pertama adanya batu yang boleh dijadikan sebagai gelongsor.

Manakala di tingkat kedua, terdapat lubuk, airnya lebih tenang serta sesuai untuk mandi-manda.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Erat hubungan bersama komuniti

KEMERIAHAN sambutan Aidilfitri masih dirasai sempena Program Jiwa Madani bersama-sama Komuniti anjuran Ikmas di Dataran Ikmas, baru-baru ini. Program dihadiri tetamu jemputan khas iaitu Pengarah

TAUTAN KASIH MADANI AGENSI ISLAM

IKMAS baru-baru ini mengadakan Program Tautan Kasih Madani sempena Majlis Ramahtamah Agensi Islam Sarawak di Dewan Kompleks Islam Sarawak. Majlis diraikan dengan penuh kemeriahan dan

Perkasa komuniti celik digital

SETIAP tahun, 17 Mei dijadikan sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia yang diraikan bagi mengiktiraf peranan penting teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam membentuk

BERITA TERBARU

Kuching, Sri Pahang kongsi mata

KUCHING: Hasrat Kuching City FC (KC FC) untuk meraih kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian selepas sekadar seri menentang pasukan Sri Pahang FC dalam perlawanan