ARTIKEL

Mercu tanda Bario yang dinaikkan dan berpotensi menjadi tarikan pelancong. (FOTO: UKAS)

Tarikan baharu Bario pada mercu tanda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BARIO: Mercu tanda tertulis perkataan Bario yang dibina berpotensi menjadi tarikan pelancong.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala berkata, pembinaan mercu tanda tersebut adalah satu fasa pembangunan Taman Komuniti Bario yang bakal disiapkan tahun hadapan.

“Fasa ini melibatkan mercu tanda tersebut dan pembinaan jalan naik ke bukit untuk pengunjung taman menikmati pemandangan yang indah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media semasa lawatan kerja ke Bario, di sini, baru-baru ini.

Sehubungan itu, Gerawat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Mulu turut merakamkan penghargaan kepada Majlis Bandaraya Miri kerana mengusahakan pembangunan mercu tanda tersebut.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) atas peruntukan yang diberikan.

Presiden Rurum Kelabit Sarawak Datuk Dr Philip Raja turut hadir.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Tarikan aktiviti pendakian

MENDAKI merupakan salah satu cara terbaik untuk meluangkan masa dan mengurangkan tekanan. Aktiviti ini sesuai dilakukan secara berkumpulan untuk bersama-sama menikmati keindahan alam semula jadi.

Perodua pamer prototaip EV pertama di Malaysia Autoshow 2024

SERDANG, Selangor: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengorak langkah dalam pembangunan teknologi elektriknya dengan memperkenalkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Myvi Conversion. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk