ARTIKEL

Tarikan destinasi pelancongan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

TAMAN Negara Mulu yang meliputi kawasan kirakira 529 kilometer persegi merupakan tapak warisan dunia UNESCO.

Taman negara ini memiliki bentuk geografi yang unik terdiri daripada gua batu kapur, lingkaran air batu yang jernih serta dilitupi hutan dara tropikal.

Atas faktor itu, Taman Negara Mulu menjadi salah satu destinasi pelancongan yang menerima kunjungan ramai dari luar negara.

Buktinya setakat Ogos lalu, jumlah pengunjung yang menggunakan Lapangan Terbang Mulu seramai 58,446 orang.

Dan, dijangka mencatatkan peningkatan pengunjung sebanyak 88,000 orang menjelang Disember ini berbanding 72,119 orang pada tahun 2022.

Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin membuat pemeriksaan mengejut ke atas infrastruktur serta peralatan yang sedia ada di lapangan terbang tersebut.

Di sana, beliau mendapati keperluan untuk menukar dan menaik taraf infrastruktur terutamanya tandas dan tempat duduk yang rosak di lapangan terbang tersebut merupakan satu kemestian.

Kemudahan awam seperti definisinya ialah perkhidmatan dan infrastruktur yang disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan untuk keperluan orang ramai seperti bekalan elektrik, jambatan dan jalan raya.

Jadi, memetik Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, kemudahan yang dibina haruslah boleh digunakan oleh pelbagai komuniti, bersifat terbuka dan awam.

Kebiasaannya boleh dijumpai di lokasi yang mudah diakses oleh populasi yang besar.

Dalam hal ini, kemudahan yang baik di sesuatu tempat pelancongan sangat penting.

Kemudahan infrastruktur ini akan memberi keselesaan kepada pengunjung dan pembangunan industri pelancongan dalam meneruskan perniagaan mereka.

Justeru, bagi mengangkat sesebuah tempat untuk mencapai nilai destinasi pelancongan khususnya di kawasan yang mempunyai potensi besar, namun belum membangun, pihak berkenaan harus melakukan sesuatu khususnya dalam menyediakan dan membaik pulih kemudahan yang ada.

Antaranya, kemudahan jalan dan akses perlu dibangunkan dengan baik bagi memberikan laluan yang mudah kepada pelancong dan peniaga untuk ke tempat pelancongan yang ingin dibangunkan.

Selain itu, kemudahan penginapan yang selesa seperti hotel, chalet, tandas, bekalan air dan elektrik turut menjadi faktor penting menarik pengunjung.

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah pernah berkata, Kerajaan Sarawak akan berbincang dengan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing bagi menambah baik kemudahan lokasi pelancongan di Sarawak.

Tumpuan semestinya terhadap lokasi pelancongan berasaskan alam semula jadi dan taman negara.

Beliau mendedahkan, sekarang ini pelancong datang ke Sarawak bukan untuk membeli-belah tetapi untuk menikmati alam semula jadi kerana kebanyakan mereka menetap di bandar besar.

Tempat tarikan pelancongan ini perlu mempunyai kemudahan baik seperti tandas, tempat letak kenderaan dan sebagainya.

Nah, naik taraf kemudahan sedemikian sangat perlu bukan sahaja untuk keselesaan pengunjung malah komuniti sekitar.

Bagaimanapun kita harus akui, menaik taraf kemudahan ini akan mengenakan kos tinggi.

Pada masa sama, penyediaan kemudahan ini sangat mencabar bagi kawasan terpencil atau tiada akses jalan raya.

Meskipun demikian seperti yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Tanjong Manis Yusuf Abd Wahab, industri pelancongan di Sarawak memerlukan lebih banyak promosi dan akses kepada pelancong.

Ini kerana pelbagai produk boleh menjadi tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negeri sekiranya dibuat promosi dan diberi peluang untuk dilawati.

Misalnya di Loba PalohBelawai dedahnya mempunyai kumpulan monyet belanda dan ikan lumba-lumba.

Semuanya boleh menjadi tarikan kepada pelancong dari dalam dalam dan luar negeri, jika dibuat promosi dan diberi peluang untuk dilawati.

Pendek kata, Sarawak mempunyai banyak kemudahan yang perlu dinaik taraf.

Oleh itu, penting untuk mengurus kemudahan destinasi pelancongan dengan baik dan untuk membangunkan tempat pelancongan ia memerlukan lebih banyak kemudahan infra yang baik untuk dibina.

Sarawak mempunyai banyak tempat menarik dan produk pelancongan baharu yang belum diteroka sepenuhnya. 

LAIN-LAIN BERITA

Demi bekalan air bersih

PELBAGAI usaha kini sedang giat dilaksanakan untuk memastikan seluruh rakyat menikmati bekalan air bersih sekali gus menampung keperluan yang kian bertambah selain menyedari kepentingannya dalam konteks

Sistem cukai di seluruh dunia

SISTEM cukai berbeza-beza secara meluas di seluruh dunia, mencerminkan kepelbagaian landskap ekonomi, sosial dan politik negara. Walaupun terdapat banyak variasi, sistem cukai biasanya mempunyai dua

Masa cipta kenangan terindah

BEMULA 9 Februari lalu, cuti akhir tahun bagi penggal persekolahan 2023/2024 bermula dan berakhir pada 9 Mac. Cuti sekolah menandakan masa berharga untuk pelajar berehat

Banjir kilat undang trauma

SEJAK kebelakangan ini banjir kilat yang berlaku terutama di kawasan bandar dan perumahan dilihat menunjukkan peningkatan lebih-lebih lagi ketika hujan lebat berterusan melanda sejak beberapa

Prinsip moral tinggi

INTEGRITI adalah sifat jati diri yang merangkumi keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai dan seumpamanya yang berperanan besar dalam membina

Trend pengangguran global

PENGANGGURAN merupakan fenomena berleluasa yang mempengaruhi individu, keluarga dan masyarakat global. Daripada negara maju sehingga ekonomi membangun, isu pengangguran menjadi cabaran yang memberi kesan kepada

BERITA TERBARU

Jasa Tun Taib tidak terhad di peringkat negeri

Yang Dipertua Yadim, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus terkenang jasa Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun dan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud yang pernah menjadi Menteri