ARTIKEL

TARIKAN MERCU TANDA MALAYSIA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

»PUSAT Bandar raya Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai KLCC sentiasa penuh dengan kehadiran pelancong sama ada dalam atau luar negara. 

Seperti kita sedia maklum, Kuala Lumpur ialah ibu kota Malaysia dan tidak lain tidak bukan bandar yang sentiasa sibuk.

Sudah pasti KLCC menjadi daya tarikan pelancong dengan bangunan pencakar langit serta pelbagai perkara yang boleh dilakukan di sini. 

Di kawasan KLCC, ia terkenal dengan Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur — salah satu mercu tanda menjulang tinggi di bandar tersebut. 

KLCC juga merupakan destinasi wajib untuk pelancong bagi menikmati dan merakam kenangan di sekitar kawasan tersbebut. 

Terdapat juga pusat beli-belah — Suria KLCC yang mempunyai enam tingkat terletak di kaki Menara Berkembar Petronas dan penuh dengan kedai berjenama. 

Sekiranya ingin menjejak kaki di KLCC, disarankan pergi pada waktu petang kira-kira 6 hingga 7 petang. 

Ini kerana waktunya masih cerah dan sangat santai sambil menikmati pemandangan serta melihat persembahan air pancut di pekarangan Suria KLCC. 

Pada sebelah malam, persembahan air pancut mengikut irama lagu dan mempunyai pelbagai warna dimainkan. 

Jika anda pertama kali melancong ke Kuala Lumpur, ia tidak merugikan, malah dapat merakam kenangan dengan Menara Berkembar Petronas. 

Walaupun sudah berkali-kali ke KLCC, ia tidak membosankan tetapi sangat menyeronokkan apabila melihat ramai pelancong berkunjung di sini.

LAIN-LAIN BERITA

Hias bilik anak

PADA USIA TERTENTU, ibu bapa harus mengajar anak-anak mereka untuk tidur secara berasingan. Untuk itu, penyediaan dan dekorasi bilik anak memainkan peranan penting untuk memastikan

Pusat peranginan World Awana

TERLETAK hanya 35 minit perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpur, pusat peranginan World Awana merupakan destinasi terbaik percutian di sekitar Genting Highlands. Pusat peranginan ini

Junjung hak wanita

KEGANASAN terhadap wanita merupakan isu sejagat yang berlaku di seluruh dunia melangkaui batas agama, bangsa dan budaya Mangsa sering kali memilih untuk tidak melaporkan kekerasan

Lebih empat dekad kembara putera

TAHUN ini, Persatuan Penulis Utara Sarawak menjangkau usia 45 tahun. Mesyuarat penubuhannya berlangsung pada 7 Julai 1979 di Kelab Shell, Lutong. PUTERA didaftarkan secara rasmi

Bidar lukut merah Sukan air unik Mukah

SELAIN tibow, permainan bidar lukut juga salah satu sukan tradisi unik di Mukah. Bidar membawa maksud perahu, manakala lukut ialah daun yang digunakan untuk belayar.

Kenangan 70 pelajar khatam al-Quran

MAJLIS Khatam Al-Quran sebagai pemula acara yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Encik Buyong, Kuching pada jam 8.00 pagi awal bulan ini disertai 70 pelajar sekolah

BERITA TERBARU

Tun Taib bawa pembangunan berterusan

KUCHING: Hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang terjalin rapat sejak pentadbiran bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membawa

Legasi ditinggalkan Tun Taib tidak ternilai 

KUALA LUMPUR: Legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai Bapa Pemodenan Sarawak tidak ternilai dan akan sentiasa hidup di dalam hati semua.