Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Tarikan Nasi Hensem

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Peniaga perlu sentiasa kreatif bagi menarik perhatian pelanggan ketika memasarkan produk jualan.

Begitu juga dengan peniaga, Aini Salamiah Osaha yang tampil berniaga set makanan Nasi Hensem dengan kerjasama anak saudaranya, Nurain Jasmi.

“Kami memilih nama Nasi Hensem atas persetujuan ahli keluarga yang lain kerana gelaran ini agak unik dan mampu menarik perhatian pelanggan.

“Nasi Hensem merupakan set makanan nasi berperisa ciptaan sendiri dengan ayam goreng rangup pada bahagian paha dan dada.

“Harganya juga pada kadar berpatutan iaitu RM6 sebungkus, mampu milik untuk semua pelanggan,” katanya kepada Suara Sarawak.

Walaupun baru beroperasi selama sebulan yang lalu, ternyata Nasi Hensem mendapat sambutan pelanggan yang amat memberangsangkan disebabkan keenakannya.

Menurut Aini, idea menjual Nasi Hensem tercetus selepas mereka hilang sumber pendapatan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Idea ini tercetus daripada kakak saya (ibu Nurain) memandangkan sumber pendapatan saya turut terjejas akibat PKP.

“Justeru bermodalkan kira-kira RM100, kami mengambil keputusan meneruskan perniagaan ini,” katanya lagi.

Selain berniaga Nasi Hensem, Aini turut menjual makanan lain seperti Roti John Aini.

Seperti peniaga lain, Aini menyediakan khidmat penghantaran kepada pelanggan terutamanya yang tinggal di sekitar Petrajaya atau berhampiran dengan lokasi rumahnya.

“Memandangkan situasi pandemik Covid-19, saya mengambil keputusan untuk beroperasi di rumah sepanjang tempoh ini,” katanya.

Selain itu katanya, Aini turut aktif mempromosikan jualan mereka melalui media sosial milik Nurain.

Bagi pelanggan yang berminat untuk mencuba Nasi Hensem, anda dialu-alukan melayari Facebook Ain Pondokcikamoi untuk maklumat lanjut serta tempahan.

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk