TARIKAN landskap di Chile menjadikannya sebagai destinasi pelancongan popular terutama dalam kalangan pencinta alam dan pengembara.
Chile merupakan salah satu negara paling stabil di Amerika Selatan, jadi pelancong mudah mencari pelbagai pemandangan menakjubkan dan binaan bangunan moden.
Kebanyakan destinasi menarik di Chile melibatkakn aktiviti alam semula jadi seperti pendakian dan menelusuri hutan.
Bagaimanapun, Chile juga kaya dengan tarikan kebudayaan dan memiliki bandar moden seperti Santiago.
TORRES DEL PAINE
Salah satu tarikan semula jadi Chile paling popular ialah Torres del Paine.
Terletak sekitar 100 kilometer di selatan Patagonia, kawasan menakjubkan ini merangkumi gunung, glasier, tasik dan sungai.
Destinasi pelancongan terkenal adalah di kaki gunung untuk melihat puncak gunung Granit dengan ketinggian 2,850 meter.
Banyak laluan menelusuri ditandan dengan baik untuk aktiviti kembara.
PULAU PASKAH
Terletak lebih 3,500 kilometer dari tanah besar Chile, pulau unik ini memiliki tarikan patung batu luar biasa.
Dikatakan sebanyak 887 patung yang dikenali sebagai Moai dicipta oleh populasi awal Rapa Nui di pulau tersebut.
Justeru, untuk melindungi keunikan Moai, pulau tersebut diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.
SANTIAGO
Ibu kota Chile, Santiago berfungsi sebagai pusat budaya dan hiburan negara tersebut.
Ia merupakan destinasi untuk pelancong mengunjungi muzium, galeri, pusat beli-belah, restoran dan hotel terbaik. Justeru, kebanyakan pelancong memulakan perjalanan di Santiago sebelum menuju ke kawasan lain.
Santiago juga terkenal sebagai pusat kebudayaan canggih yang memiliki Palacio de la Moneda dan muzium seni halus Chile dengan koleksi lukisan, ukiran dan gambar besar.
VALPARAISO
Bandar raya ketiga terbesar di Chile, Valparaiso terletak di antara laut dengan pergunungan pesisiran pantai.
Dengan keluasan sekitar 112 kilometer di barat laut Santiago, tarikan pantai ini menjadikan perjalanan pelancong lebih santai dan menenangkan.
Justeru, banyak tarikan pelancong berunsur marin seperti muzium Lord Cochrane dan Ironclad Huáscar di dalam Pelabuhan Talcahuano.
Pantai dikelilingi bandar ini juga terkenal dengan aktiviti papan ski.