ARTIKEL

Bernama

Tarikh lihat anak bulan Syawal 9 April

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 9 April di 29 lokasi di seluruh negara.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan hari ini memaklumkan tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan diisytiharkan pada malam itu juga melalui radio dan televisyen.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mengisytiharkan bahawa tarikh melihat anak bulan Syawal adalah pada petang Selasa, 9 April 2024 Masehi bersamaan 29 Ramadan 1445 Hijriah,” menurut kenyataan itu.

Majlis Raja-raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Lokasi dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal adalah di Pontian Kecil, Johor, Kompleks Falak al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka, Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Negeri Sembilan, Bukit Melawati, Kuala Selangor, Bukit Jugra, Banting, Balai Cerap Selangor Sabak Bernam di Selangor serta Pantai Pasir Panjang, Manjong di Perak dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

Lokasi lain ialah Kampung Pulau Sayak Kuala Muda, Pemandangan Indah Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah, Bukit Besar, Kuala Terengganu, Bukit Geliga, Kemaman, Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA, Setiu di Terengganu.

Lokasi melihat anak bulan di Kelantan pula ialah Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu, manakala di Sarawak ialah Pusat Falak, Miri, Teluk Bandung, Kuching; dan Tanjung Batu, Bintulu.

Di Sabah ialah Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, di Pahang ialah Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands dan Menara Kuantan 188.

Empat lagi lokasi ialah Menara Universiti Malaysia Sabah di Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Menara Pandang Masjid al-Hussain, Kuala Perlis.
Bernama

BERITA LAIN

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

Polis mohon bantuan cari kanak-kanak hilang

JOHOR BAHRU: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang sejak 20 Mei lepas. Ketua Polis Daerah

PDRM

Warga emas ditemui maut dalam longkang

IPOH: Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang besar Sungai Pinji, Kampung Sungai Rapat, di sini semalam. Ketua

BERITA TERBARU