KAJIAN terbaru diterbitkan dalam jurnal sains mendedahkan lebih 50 peratus tasik besar dunia kehilangan air.
Perubahan iklim dan pemborosan penggunaan air oleh manusia dikenal pasti sebagai punca utama ia berlaku.
Bagaimanapun, penyelidik berjaya menemukan trend baharu penyimpanan air tasik, yang dapat memberikan harapan baharu kepada pengurus air dan komuniti bagi melindungi sumber air dan ekosistem.
Kajian ini mewakili penilaian komprehensif pertama bagi simpanan air tasik global berdasarkan pemerhatian dan menggunakan model satelit.
Dengan mengukur perubahan dalam paras air di hampir 2,000 tasik dan takungan di seluruh dunia, pasukan penyelidik mendapati 53 peratus daripada tasik mengalami penurunan simpanan air, manakala 24 peratus menunjukkan peningkatan yang ketara.
Perubahan iklim dan penggunaan air secara boros oleh manusia memainkan peranan dominan dalam penurunan air di sejumlah tasik, yang menjejaskan hampir 100 tasik besar.
Penyelidikan itu menyerlahkan keperluan mendesak untuk pemuliharaan air, kerana kira-kira 2 bilion orang tinggal di lembangan tasik yang mengering itu.
Penemuan ini menawarkan pandangan dan penyelesaian untuk mengurangkan penurunan berskala besar dengan meneroka dasar baharu dan menyesuaikan diri dengan corak penggunaan manusia.